in

Kisah Sebenar Kumpulan Gangster ‘Peaky Blinders’ Yang Jadi Fenomena Di Netflix

collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak drama Peaky Blinders dari BBC mula ditayangkan di Netflix ia telah menjadi fenomena di serata dunia. Malah di Malaysia, beberapa anak muda dilihat mula berpakaian seperti geng Peaky Blinders.

Drama yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Pertama ini menunjukkan perjalanan gengster jalanan ini membuat jenayah disebalik lorong-lorong di Birmingham, England. Kalau korang penonton setia siri ini, korang mesti tertanya-tanya, “Peaky Blinders ni kisah benar ke?”


Artikel berkaitan: Matteo Messina Denaro: Kisah Bos Mafia Paling Digeruni Yang Digelar Sebagai ‘The Last Godfather’

Artikel berkaitan: “The Mafia Queen” – Ini Kisah Sebenar Disebalik Watak Filem Netflix ‘Gangubai Kathiawadi’

Pencipta siri ini, Steve Knight akui bahawa klan protagonis Shelby hanyalah watak rekaan tapi geng Peaky Blinders memang wujud dan telah mengawal jalan-jalan di Birmingham dengan kejam pada tahun 1880-an sehingga 1910-an. Jenayah yang dorang lakukan pula memang tak ada yang spesifik, semua dorang buat termasuklah peras ugut, merompak, menyeludup, membunuh, menipu dan menyerang orang.

Geng Peaky Blinders ini membezakan diri dorang dari orang lain dengan memakai jaket yang dibuat khusus, mantel berlapel dan topi rata. Siri Peaky Blinders mendakwa bahawa geng ini telah meletakkan pisau di dalam topi mereka untuk membutakan mata musuh mereka. Namun begitu, sarjana percaya bahawa “Blinders” di dalam nama kumpulan ini menggambarkan orang yang berpakaian kemas dan “Peaky” pula melambangkan topi yang dipakai.

peaky blinders screenshot 768x537 1

Keluarga Shelby tak pernah wujud dan geng Peaky Blinders ini pula ahli-ahlinya tak ada yang mempunyai pertalian darah dan kumpulan ini wujud dari gabungan beberapa geng. Kalau korang nak tahu kisah sebenar geng Peaky Blinders, baca dekat bawah ni.

Kisah disebalik geng Peaky Blinders yang sebenar

mug shots of various peaky blinders

Menurut seorang pakar sejarah Birmingham, Carl Chin, Peaky Blinders ini bukan sekadar sekumpulan geng pada tahun 1920-an tapi ia ada lelaki-lelaki yang menganggotai banyak geng jalanan di Brimingham pada tahun 1890-an sehingga ke kurun ke-20 tapi akar umbinya wujud lebih lama.

Tak seperti karakter Thomas Shelby dan saudara-maranya yang kaya, Peaky Blinders sebenar merupakan lelaki-lelaki muda yang tak ada kaitan dengan satu sama lain. Apa yang menyamakan mereka adalah mereka dilahirkan miskin dan dari kelas bawahan Britain ini. Geng beruniform ini kemudiannya mula berkeliaran dan menyeluk saku penduduk tempatan dan memeras ugut peniaga-peniaga pada 1880-an.

Anggota Peaky Blinders datang dari pelbagai geng lain. Ia bermula apabila Kebuluran Besar (The Great Famine) yang berlaku pada tahun 1845 telah menyebabkan populasi Irish di Birmingham telah berganda. Jadi, geng-geng ini telah diwujudkan sebagai respon kepada sentimen anti-Irish dan anti-Katolik yang membuatkan mereka sebagai rakyat kelas kedua dan ditempatkan di kawasan-kawasan yang mempunyai kekurangan air, saliran yang teruk serta kotor.

temp img famine 11

Tak cukup dengan itu, ucapan-ucapan kebencian yang dilemparkan ke atas mereka semasa protes juga turut memburukkan keadaan seperti ada yang memberitahu pengikut mereka bahawa orang-orang Irish ni merupakan kanibal dan ketua-ketua agama mereka merupakan pencuri dan penipu sehinggakan pada Jun 1867, 100,000 orang telah turun untuk meruntuhkan rumah-rumah orang Irish. Pihak polis juga tak buat apa-apa dan berpihak kepada orang yang mengganas.

Disebabkan ini, orang Irish telah menubuhkan geng-geng bagi mempertahankan diri mereka dan mula berlawan dengan pihak polis yang sering menyerbu operasi perjudian mereka. Pada tahun 1880-an atau 1890-an, geng-geng ini mula diambil alih oleh generasi muda dan menubuhkan Peaky Blinders yang telah berkembang sehingga tahun 1910-an atau 1920-an.

Mempunyai anggota berusia dari 12 sehingga 30 tahun, geng ini mula menjadi masalah yang besar untuk pihak berkuasa Birmingham.

Mereka akan target orang yang nampak lemah atau tak kuat dan akan ambil semua yang mereka boleh ambil” – David Cross, pencipta Muzium Polis West Midlands.”

Kebangkitan dan kejatuhan geng Peaky Blinders

peaky blinder mugshot 768x937 1

Berbeza dengan apa yang kita tengok di skrin, geng Peaky Blinders yang sebenar tak teratur seperti yang kita lihat. Pakar sejarah tak pasti siapa yang menubuhkan geng ini tapi ada yang percaya ia ditubuhkan oleh Thomas Mucklow atau Thomas Gilbert.

Mucklow terkenal kerana pernah mengetuai satu serangan pada 23 Mac 1890 di sebuah pub terletak di Adderley Street di mana dia dan gengnya telah menyerang seorang lelaki bernama George Eastwood selepas terdengar lelaki ini memesan bir halia tanpa alkohol sehingga lelaki itu terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Geng ini juga sering provok pegawai-pegawai polis untuk bergaduh dengan mereka.

Antaranya, pada 19 Julai 1897, konstabel George Snipe telah terserempak dengan enam atau tujuh anggota Peaky Blinders di Bridge West Street. Mereka yang telah minum arak sepanjang hari ini telah mengamuk apabila Snipe cuba menangkap salah seorang ahli mereka William Colerain kerana menggunakan bahasa kasar. Geng ini kemudiannya telah memecahkan tengkorak Snipe menggunakan batu bata sekaligus membunuhnya.

Antara ahli Peaky Blinders yang terkenal termasuklah Harry Fowler, Ernest Bayles dan Stephen McHickie yang sering keluar masuk lokap. Walaupun geng ini biasanya membuat jenayah-jenayah kecil seperti mencuri basikal dan menyeluk saku, mereka juga tak takut untuk membunuh. Empat tahun selepas pembunuhan Snipe, mereka telah bunuh seorang lagi pegawai polis, Charles Philip.

Geng Peaky Blinders memang sering menimbulkan kekacauan dengan menggunakan senjata seperti tali pinggang, pisau dan senjata api sehinggakan satu surat dari orang yang tak diketahui telah diberikan kepada The Birmingham Daily Mail pada 21 Julai, bercakap tentang keganasan kumpulan ini dan mengajak rakyat untuk bertindak.

Dah tentu rakyat-rakyat yang dihormati dan sering mematuhi peraturan dan menyampah dengan tindakan ganas di Birmingham dan serangan ke atas pihak polis. Tak kiralah di mana-mana bahagian bandar, kumpulan ‘Peaky Blinders’ ini dapat dilihat sentiasa mengganggu orang yang lalu lalang sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak.”

Kemudian, geng Peaky Blinders mula hilang di awal tahun 1900-an selepas mereka cuba untuk memasukkan diri mereka dalam perniagaan lumba kuda sehingga menyebabkan ketua geng Birmingham Boys telah menghalau mereka keluar. Pada 1920-an, geng bergaya ini telah hilang dari radar dan hanya nama mereka sering dikaitkan dengan gengster British.

Cerita dalam siri Peaky Blinders betul jadi atau tak?

4284.jpg

Untuk pengetahuan korang, jalan cerita Peaky Blinders yang korang tengok tu bukanlah dari kisah yang betul-betul berlaku. Karakter Thomas Shelby yang dilakonkan dengan mantap oleh Cillian Murphy ini hanyalah dibuat untuk hiburan semata-mata.

Penciptanya, Steve Knight hanya tertarik dengan sejarah keluarganya sendiri. Ini kerana, pakciknnya merupakan salah seorang ahli Peaky Blinders dan cerita ini dibuat kerana dia mendapat inspirasi dari kisah yang dia dengar dari keluarganya.

Salah satu cerita yang buatkan saya nak tulis Peaky Blinders adalah bila bapa saya beritahu, bapanya telah menyuruh dia untuk menghantar mesej kepada pakciknya, bila bapa saya ketuk pintu, dia lihat satu meja dengan lapan lelaki yang berpakaian kemas, memakai topi dan ada pistol di dalam poket dan meja tersebut dipenuhi dengan duit.

“Imej tersebut, dengan asap, arak dan lelaki berpakaian kemas di kawasan Birmingham yang kotor buatkan saya nak buat cerita ni.”

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.