in

Kisah Pengorbanan Pelajar Raih 11A SPM Sambil Jaga Ibu Hidap Sakit Saraf, Buat Ramai Sebak

Jaga Ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ditimpa dugaan ibu menghidap penyakit saraf bukanlah penghalang bagi seorang pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini mendapat keputusan straight A’s. 

Menerusi perkongsian sebuah akaun TikTok, pelajar cemerlang bernama Mohd Syahril dari SMU (A) Darul Iman Beris Lalang, Bachok, Kelantan telah mendapat kejutan daripada guru sekolahnya yang datang ke rumah bagi meraikan pelajar berkenaan yang mendapat 11A dalam SPM.


Img 0470

 

Tak dapat ambil keputusan SPM sebab jaga ibu sakit

Pelajar berkenaan difahamkan tidak dapat mengambil keputusan SPM bersama rakan-rakan di sekolah kerana menjaga ibu yang sedang sakit dan kedatangan para guru ke rumahnya telah mengundang sebak pelajar serta ahli keluarganya yang ada bersama di rumah.

Menurut pemilik akaun TikTok terbabit, ayah pelajar berkenaan juga sudah meninggal dunia dan dia merupakan anak yang baik.

Hidap Sakit Saraf

Menurut gurunya, sebelum ke sekolah beliau akan memandikan ibunya terlebih dahulu saban pagi. 

“Dan hari ini inisiatif pihak sekolah hadir ke rumah beliau bagi meraikan kejayaan beliau. Ya Allah semoga dipermudahkan urusan anak ini untuk menyambung pelajaran nanti,” tulisnya.

“Anak yang hebat!” 

Video berkenaan telah mengundang rasa sebak di hati netizen yang mana rata-rata kagum dengan kesungguhan pelajar tersebut menjaga ibunya yang sakit dan pada masa yang sama mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Spm

Marilah kita doakan semoga urusan pelajar ini untuk melanjutkan pelajaran dipermudahkan. Aamin. Tahniah dik! 

Baca: [VIDEO] Semalam Habis SPM Hari Ini Terus Kahwin, Netizen Teruja Remaja Cepat Jumpa Jodoh

Jodoh

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.