Gelagat seekor kucing yang dipercayai sesat mencuri perhatian ramai apabila si comel itu sendiri ke Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan.
Menerus hantaran Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan itu, kucing yang mesra digelar Oyen itu difahamkan telah berada di balai tersebut selama kira-kira tiga hingga ke empat hari.
Seorang pegawai bomba memaklumkan kucing tersebut adalah haiwan belaan selepas melihat terdapat rantai leher serta nombor telefon pemilik.
“Sudah tiga ke empat hari kucing ini di balai, baru kami perasan ada nombor telefon pemilik pada rantai kucing.
“Pemilik akan datang ambil. Nanti kami buat video serah dia pada tuannya. Kalau tak ada halangan, kami buat siaran langsung nanti,” katanya.
@firefighterskn MILIK SIAPAKAH KUCING INI.. #sekinchan #bombamalaysia #fyppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – BombaSekinchan_official – BombaSekinchan_official
Artikel berkaitan: “Ciku dari gemok, sakit sampai kurus kering” – 14 Tahun Setia Bersama, Kucing ‘Pergi’ Selepas Tuannya Meninggal Dunia
Artikel berkaitan: “Nampak tengah tangkap tikus” – Pelajar Sekolah Panik, Kucing Oyen Gemuk Disangka Singa
Rupanya jauh Oyen merantau…
Difahamkan, kucing berkenaan berasal dari Bukit Kayu Hitam, Kedah dan dipercayai menaiki sebuah lori tanpa disedari pemandunya sebelum turun di kawasan Sekinchan, Selangor, sekali gus menyebabkan haiwan itu sesat jauh dari rumahnya.
@firefighterskn alhamdulillah.. Part 2 #fyppppppppppppppppppppppp #creatorsearchinsights #perlis #sekinchan
♬ original sound – BombaSekinchan_official – BombaSekinchan_official
Rata-rata netizen yang melihat perkongsian itu berasa terhibur dengan ‘pengembaraan’ haiwan comel itu.
Pada masa yang sama, netizen juga memuji keprihatinan anggota bomba yang menjaga Oyen sementara menunggu pemiliknya datang mengambil haiwan kesayangannya itu.

Sumber: TikTok
