in

Kisah Misteri Di Sebalik Kampung Batu Puteh Di Johor, Ada ‘Perkampungan’ Bunian?

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan setiap tempat mempunyai kisahnya yang tersendiri. Tidak kira walaupun kita berada dimana pun, akan ada kisah-kisah atau sejarahnya yang tercipta sama ada dari segi khazanah warisan yang ditinggalkan sejak dulu lagi ataupun misteri yang tersimpan di dalam sebuah kawasan tersebut.

Macam sebelum ini, tular sebuah kampung yang terletak di Johor telah menyimpan sebuah misteri yang tidak terungkap sehingga kini yang pernah menjadi buah mulut netizen dan perhatian media tempatan kira-kira beberapa tahun lepas.


Misteri di sebalik Kampung Batu Puteh di Johor

Kampung Batu Puteh merupakan sebuah kampung melayu yang terletak di Batu Pahat, Johor dan dikatakan mempunyai banyak kisah mistik dan misteri yang telah dikongsikan oleh penduduk kampung di sana.

Lebih menarik perhatian apabila sepucuk surat yang telah ditulis dalam tulisan oleh bekas Ketua Kampung Batu Putih, Allahyarham Haji Sulaiman Onn menceritakan sejarah dan beberapa kisah yang telah dikaitkan oleh kampung tersebut.

Bp1

Menurut surat tersebut, Kampung Batu Puteh telah diteroka oleh beberapa orang yang datang dari Jawa Tengah yang diketuai Haji Sanawi pada tahun 1876. Pada asalnya, ia diteroka dari tepi sungai Simpang Kiri hingga jejak ke Parit Kuda tengah Mukim 1, Lubuk.

Pada mulanya kampung ini hendak dinamakan kampung Parit Haji Sanawi tetapi oleh kerana terjumpanya batu tersebut sebulat suara menamakan Kampung Batu Putih hinggalah sekarang.

Nama kampung itu tercetus kerana ada beberapa batu yang bewarna putih berada di tepi jalan sahaja dalam kawasan ladang kelapa sawit di Parit Sulong, berdekatan dengan tangki air. Di situ juga ada tertulis papan tanda nama kampung itu.

Screenshot 2022 10 04 At 4.30.54 Pm

Di situ jugalah ada batu besar dan yang dikelilingi batu-batu kecil dan difahamkan pada zaman dahulu, macam-macam kisah pelik kedengaran tentang kawasan batu putih itu.

Menurut orang tua di sana, batu-batu yang pecah tidak boleh diambil sembarangan dan sekiranya melanggar pantang larang ini. mereka akan diganggu sehinggalah pengutip tersebut memulangkannya ke tempat yang asal.

Screenshot 2022 10 04 At 4.31.01 Pm

Kisah yang pernah berlaku dikaitkan dengan batu putih

Tahun 1905

Pada malam isnin, beberapa orang penduduk di sana sedang mengadakan maulid di masjid berdekatan dengan kawasan tersebut. Tiba-tiba, seorang daripada ahli masjid tersebut iaitu Wak Naim telah ternampak di kawasan batu putih itu terbakar dan menjulang sehingga ke langit.

Lebih memelikkan, kejadian tersebut tidak dilihat oleh orang lain dan hanya seorang dia seorang sahaja yang nampak. Tetapi apabila Wak Naim memegang tangan kawan-kawannya baharulah semua nampak.

Pada keesokkan harinya ramai-ramai pergi menghampiri di kawasan batu putih itu untuk menyaksikan peristiwa malam tadi. Apabila dilihatnya di kawasan itu masing-masing tercengang-cengang kerana tidak ada pun ranting atau daun-daun kayu yang terbakar.

Screenshot 2022 10 04 At 3.39.51 Pm

Tahun 1924

Peristiwa seterusnya berlaku iaitu angin puting beliung dari kawasan batu putih menuju ke bangunan masjid. Selain daripada itu, pada tiap-tiap awal muharam hinggalah 10 muharam ada orang yang bertapa dalam tempoh 10 hari tetapi kira-kira tahun 1994 itu sudah tidak ada lagi yang melakukan kegiatan tersebut.

Tahun 1958

Berlaku satu lagi perkara berlaku kepada seorang pemuda tempatan yang pergi bermain bola tangkis di sebelah kampung dan terdengar beberapa suara wanita berbual-bual dan ketawa mengilai-ngilai.

Lelaki tersebut bertindak untuk mengendap dan terlihat beberapa wanita muda sedang mandi bersama-sama. Dia terus cepat-cepat keluar dari tempat tersebut dan memberitahu kawan-kawannya untuk menyaksikan kejadian yang berlaku namun sesudah sampai di tempat kejadian, wanita-wanita muda itu hilang tanpa sebarang bekas dan kesan air berlecak.

Menjadi tempat amalan khurafat

Menurut mStar, kawasan batu putih tersebut telah menjadi tempat amalan khurafat dan ramai yang buat pemujaan di situ.

“Yang nak minta nombor ekor, cari harta, puja semangat dan macam-macam lagilah. Tapi sekarang tak lagi. Penduduk dah jaga tempat tu elok-elok, selalu gotong royong bersihkan dan sentiasa pantau sebab tak mahu ada aktiviti khurafat lagi di situ.”

Dengar cerita dongeng, Batu Putih itu asalnya dari Tanah Jawa. Dilemparkan oleh seorang wali ketempat tersebut kerana untuk menindihkan sebilah keris yang bernama Sitruku Mabtar.

Keris ini menjadi rebutan oleh orang-orang Jawa. Kononnya barang siapa yang dapat menyimpan keris tersebut orang itu menjadi mulia hidupnya dan boleh memerintah. Dengar lagi satu cerita mengatakan keris tersebut telah dibawa oleh orang yang bertapa semasa kejadian ribut puting beliung berlaku.

Dikatakan juga, batu-batu di sini tidak sebanyak sekarang. Orang dulu-dulu mengatakan batu putih ini beranak pinak dan menjadi banyak (batu-batu kecil) seperti sekarang.

@minhantwo

Tinjauan Pagi di BATU PUTEH JOHOR‼️ #fyp #haunted #activityparanormal

♬ bunyi asal – Fizi Omar – ANAK SENI STUDIO 🎵

Orang Batu Pahat pernah tahu tak cerita ini?

Baca: “Ada budak bertenggek, nak ikut balik” – Doktor Kongsi Pengalaman Rawat Pesakit Kena Penyakit Misteri

Screenshot 2022 10 04 At 4.29.05 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.