in

Kisah Blanche Monnier, Dikurung Ibu Dalam Bilik Gelap Selama 25 Tahun Sebab Jatuh Cinta Dengan Peguam Miskin

collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konflik cinta antara dua darjat bukan hanya berlaku di Malaysia je, dekat luar negara pun ada tau. Untuk orang kaya, dorang memang tak boleh nak terima kalau anak-anak jatuh cinta dengan orang yang tak sama taraf dengan dorang.

Macam dalam cerita Ibu Mertuaku, mak dia sampai sanggup menipu cakap anak sendiri mati semata-mata nak anaknya kahwin dengan orang setaraf. Blanche Monnier pula, dikurung dan dirantai dalam bilik gelap oleh ibunya sendiri hanya kerana dia jatuh cinta dengan seorang peguam miskin. Jom baca kisah dia…


Artikel berkaitan: Pedro & Inês: Kisah Cinta Agung Yang Lebih Epik & Tragis Dari ‘Romeo & Juliet’

Artikel berkaitan: Stockholm Syndrome: 5 Mangsa Yang ‘Jatuh Cinta’ Dengan Penculik Sendiri

Surat tanpa nama

Pada May tahun 1901, peguam negara Paris telah menerima sepucuk surat mengatakan keluarga terkenal di bandar tersebut telah menyimpan satu rahsia hitam.

Surat tersebut ditulis menggunakan tulisan tangan tanpa nama tapi kerana peguam negara rasa terganggu dengan isi surat tersebut, dia membuat keputusan untuk lakukan siasatan segera.

2E09FD1300000578 0 image a 37 1446477211516

Keluarga Monnier terkenal dengan reputasi yang baik. Madame Monnier dikenali oleh orang-orang atasan sebagai seorang yang suka beramal, hinggakan dia menerima anugerah komuniti kerana sering memberikan sumbangan yang banyak. Marcel, anak lelakinya pula merupakan pelajar cemerlang di sekolah dan bekerja sebagai peguam yang dihormati.

Keluarga Monniers turut mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik, Blanche, tapi kelibatnya tak kelihatan selama hampir 25 tahun.

wp image 2062017143

Penemuan Blache Monnier

Pihak polis telah membuat pemeriksaan di tanah Monnier namun tak jumpa apa-apa yang pelik atau luar biasa hinggalah dorang perasan bau busuk yang datang dari bilik di tingkat atas.

Bila siasatan lanjut dilakukan, dorang terjumpa sebuah bilik yang dikunci dengan mangga dari luar. Merasakan ada sesuatu yang tak kena, pihak polis telah pecahkan mangga dan masuk ke dalam bilik tersebut hanya untuk menemui perkara yang tak disangka-sangka.

Bilik tersebut sangat gelap dan satu-satunya tingkap dalam bilik ini telah ditutup rapat dan disorokkan di belakang langsir tebal. Bau busuk dari bilik gelap ini terlalu kuat hingga salah seorang dari pegawai polis menyuruh pasukannya untuk pecahkan tingkap bilik tersebut.

Apabila cahaya matahari mula terangkan bilik ini, barulah dorang nampak yang bau busuk tersebut datang dari makanan-makanan basi yang dibuang ke atas lantai mengeliling katil reput yang menempatkan seorang wanita yang telah dirantai.

blanche monnier

Kalau korang nak tahu, cahaya matahari yang masuk ke dalam bilik tu masa polis pecahkan tingkap merupakan cahaya pertama yang Blanche Monnier lihat selepas lebih dua dekad.

Dia telah disimpan dalam bilik tersebut dalam keadaan bogel dan dirantai di atas katil sejak misteri “kehilangannya” 25 tahun lalu.

Ketika ditemui, wanita ini dipenuhi dengan kutu dan najisnya sendiri kerana tak boleh bangun untuk buang air. Betapa teruknya keadaan bilik ni, polis hanya mampu bertahan selama beberapa minit saja sebelum keluar untuk menghirup udara segar.

Wanita malang ini kemudiannya dikejarkan ke hospital sementara ibu dan abangnya telah ditahan.

Laporan dari hospital mengatakan, walaupun wanita ni dah dikurung selama 25 tahun dan ditemui dalam keadaan tak bermaya dan hanya mempunyai berat sebanyak 24kg, pemikiran wanita ini masih baik dan dia sempat memberitahu yang dia gembira dapat hirup udara segar semula.

Dikurung kerana jatuh cinta

Perlahan-lahan, Blanche mula menceritakan apa yang berlaku. Menurutnya, 25 tahun lalu, dia telah jatuh cinta dengan seorang lelaki namun malangnya lelaki tersebut bukanlah lelaki muda, kaya dan datang dari keluarga ternama sebaliknya seorang peguam yang lebih tua dan miskin.

Walaupun ibunya berkeras menyuruh dia memilih pasangan yang setaraf, Blanche tetap berkeras dengan keputusannya.

blanche monniers news

Kerana marah, Madame Monnier membuat keputusan untuk mengurung anaknya dalam bilik berkunci hingga anaknya rela ikut kemahuannya.

Namun, tahun demi tahun, Blance tetap tak mengalah, walaupun selepas cinta hatinya meninggal, dia tetap dikurung di dalam bilik ditemani tikus dan kutu.

Selama 25 tahun, tak ada seorang pun orang gaji mahupun abangnya sanggup untuk membantu Blanche. Bila disoal, dorang hanya jawab dorang tak berani melawan Madame Monnier.

Sehingga hari ini, penulis surat yang membebaskan Blanche ni masih tak diketahui namun khabar angin mengatakan, salah seorang pekerja di rumah tersebut telah memberitahu rahsia ini pada teman lelaki Blanche.

blanche paper

Selepas pendedahan mengerikan ini mula keluar di dada-dada akhbar, rumah Monnier dipenuhi dengan orang ramai yang marah dengan kelakuan Madame Monnier hingga ibu kejam ini mati kerana sakit jantung, 15 hari selepas anak perempuannya ini ditemui.

Abangnya pula, pada awalnya dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun tapi dilepaskan selepas lelaki ini memberitahu yang adiknya ini boleh je lari pada bila-bila masa tapi tak mahu.

Blanche Monnier telah mengalami kerosakan psikologi kerana dikurung terlalu lama dan dia habiskan sisa-sisa hidupnya di rumah sakit jiwa di Perancis dan mati pada tahun 1913.

Tak dapat bayang macam mana dia boleh hidup lama dalam keadaan macam tu tapi masih tak mengalah kerana cinta.

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.