in

Kisah 5 Pembunuh Bersiri Wanita & Jenayah Yang Dorang Lakukan, Seriau Weh!

Collage 24

Di penghujung tahun 1990-an, seorang pemprofil FBI elit didakwa mengatakan bahawa pembunuh bersiri wanita tidak wujud. Tapi beberapa kes telah membuktikan bahawa seperti lelaki, wanita juga berupaya untuk menjadi pembunuh bersiri dan tujuan mereka membunuh termasuklah disebabkan ketamakan, mahukan perhatian atau seorang sadistik yang suka membunuh.

Kebanyakan pembunuh wanita akan mencari mangsa yang dekat dengan mereka seperti keluarga sendiri atau orang-orang yang tinggal berdekatan. Jadi, artikel kali ini akan menyenaraikan beberapa pembunuh bersiri wanita yang pernah wujud dalam sejarah dan sebab kenapa mereka lakukan pembunuhan tersebut.

1. Lavinia Fisher

Lavinia Fisher

Pembunuh bersiri wanita pertama yang diketahui di Amerika adalah Lavinia Fisher. Pada awal tahun 1800-an, dia dan suaminya John telah membuat keuntungan dengan mengumpan orang-orang kaya untuk datang ke rumah sebelum membunuh dan merompak mereka selepas mati.

Dikatakan, Lavinia akan menjamu tetamu-tetamunya itu dengan teh beracun dan menjemput mereka baring apabila tetamunya rasa tak sihat. Kemudian, suaminya John akan merompak mereka. Kadangkala, mereka akan membunuh tetamu-tetamunya apabila teh yang diberikan tidak berkesan.

Ada beberapa dakwaan mengatakan Lavinia merupakan pembunuh bersiri wanita pertama di Amerika apabila pihak polis menemui ratusan tengkorak yang ditanam di bawah rumahnya. Namun, ada yang mengatakan wanita ini tak pernah bunuh orang dan cerita pembunuhannya ini dikatakan hanyalah rekaan semata-mata.

Levinia dan John akhirnya ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan merompak dan mencederakan dengan niat membunuh. Pasangan suami isteri ini telah dihukum gantung sampai mati.

2. Amelia Dyer

Amelia Dyer.jpg

Pada tahun 1800-an di England, ibu bapa yang tak mahukan anak mereka akan meninggalkan anak mereka di rumah Amelia Dyer. Mereka akan membayar Amelia sejumlah wang supaya wanita ini mengambil anak mereka sebagai anak angkat. Amelia berjanji kepada ibu bapa ini untuk menjaga anak-anak yang ditinggalkan dengan baik.

Namun begitu, selepas mengambil wang bayaran, Amelia telah memberikan kanak-kanak ini dadah jenis opiod dan apabila kanak-kanak malang ini mati disebabkan overdose, mayat-mayat mereka disembunyikan.

Selepas 30 tahun barulah orang sedar dengan jenayah yang dilakukan oleh wanita ini. Ketika dia ditangkap dan dihukum atas perbuatannya, Amelia telah pun membunuh lebih dari 400 kanak-kanak.

3. Aileen Wuornos

Aileen Wuornos E1605134586314

Aileen Wuornos merupakan antara pembunuh bersiri yang paling terkenal. Wanita ini telah membunuh seramai tujuh lelaki dalam masa setahun.

Aileen telah lama melibatkan diri dalam dunia pelacuran ini mula membunuh dan merompak pelanggan-pelanggannya pada tahun 1989.

Namun begitu, ketika ditangkap, Aileen telah memberikan beberapa versi cerita yang berlainan. Kadang-kadang dia mengatakan yang dia merupakan mangsa rogol dan semua mangsa yang dibunuhnya telah merogolnya atau cuba untuk merogolnya.

Dalam versi lain, wanita ini mengaku yang dia membunuh mangsa-mangsanya kerana ingin merompak mereka. Bergantung kepada siapa yang dia bercakap, ceritanya sentiasa berubah-ubah.

Aileen merupakan wanita ke-10 di Florida yang menerima hukuman mati. Pada 6 Jun 2002, hukuman bunuh ke atasnya dijatuhkan selepas wanita ini merayu beberapa kali supaya hukumannya dipercepatkan selepas dia didapati bersalah pada tahun 1992.

4. Elizabeth Bathory

140812164429 Blood Countess Slovakia

Elizabeth Bathory telah digelar sebagai pembunuh wanita paling prolifik sepanjang zaman. Sekitar tahun 1590 sehingga 1610, dia telah mendera dan membunuh seramai 650 kanak-kanak perempuan dan wanita muda.

Pada awalnya, Elizabeth hanya memilih mangsanya dari kalangan orang-orang biasa dengan menawarkan mereka pekerjaan di istananya sebagai pelayan dan mula memukul dan menyeksa mereka sehingga mati.

Selepas menyedari yang dia boleh terlepas dari semua jenayahnya, Elizabeth mula mengumpan orang-orang yang lebih berpangkat.

Elizabeth akan membakar, membiarkan mereka kebuluran dan mencacatkan orang-orang di bawah jagaannya. Wanita ini kemudiannya ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara di rumahnya.

5. Leonarda Cianciulli

Leonarda Cianciulli The Soap Maker Of Correggio.jpg

Leonarda Cianciulli telah digelar sebagai “Pembuat Sabun Corregio”. Tapi apa yang orang tak tahu, sabun yang dibuatnya itu mengandungi bahan rahsia.

Ketika anak lelaki Leonarda telah pergi berperang pada Perang Dunia Ke-2, wanita yang berasal dari Itali ini yakin yang satu-satunya cara untuk anaknya selamat ketika berperang adalah dengan mengorbankan manusia.

Jadi, Leonarda telah membunuh tiga orang wanita dan kemudian menggunakan bahagian-bahagian mangsanya yang telah dikerat untuk dibuat sebagai sabun dan kek. Dalam kenyataan rasminya, Leonarda berkata:

Saya telah meletakkan bahagian mangsa saya ke dalam periuk dan menambah tujuh kilo soda kaustik yang saya beli untuk buat sabun dan gaul semua bahan ini sehingga adunannya menjadi pekat dan saya tuangkan dalam beberapa baldi dan buangnya di tangki septik berhampiran.

“Untuk darahnya pula, saya tunggu sampai ia terkumpul dan keringkan di dalam oven, kisarkan ia dan campurkan dengan tepung, gula, cokelat, susu dan telur serta sedikit majerin. Saya uli semua bahan-bahan ini dan jadikan kek rangup yang dihidangkan bersama teh kepada wanita-wanita yang datang melawat.”

Leonarda akhirnya ditangkap dan dihukum penjara selama 30 tahun dan perlu dirawat di pusat pesakit mental untuk penjenayah selama tiga tahun.

Sumber: ati

 

Baca: KEJAM! Ini 5 Pembunuh Bersiri Lelaki Paling Digeruni Di Dunia

Collage 1 1