in

Kilang Di Kelantan, Ada Yang Ingin Tahu Kilang Khairul Aming Dapat Air Bersih Dari Mana?

Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, ramai yang kagum dengan kejayaan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang berjaya menjual 80 ribu unit produk terbarunya iaitu Dendeng Nyet Berapi dalam masa lebih kurang tiga minit sahaja.

13

Memang power lah kan! 


Namun, dalam masa yang sama, ada juga warganet yang ingin tahu dari manakah kilang Khairul Aming yang terletak di Kota Bharu, Kelantan mendapat sumber air bersih.

Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa sumber air bersih di Kelantan sememangnya bermasalah di sesetengah tempat.

14

Artikel Berkaitan: Jualan Sambal Dah Cecah RM14 Juta, Khairul Aming Kongsi Cabaran Sejak Awal Operasi

Artikel Berkaitan: “Fuh power!”- 80 Ribu Unit Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming Berjaya Habis Dijual Dalam Masa 3 Minit 39 Saat Sahaja

Ada warganet lain pula yang berpendapat mungkin Khairul Aming sudah memasang penapis air yang berkualiti tinggi di kilangnya.

10

Selain itu, ada juga yang mengatakan tak semua kawasan atau daerah di Kelantan mengalami masalah air kotor sebab memang ada kawasan yang airnya bersih-bersih sahaja.

9

11

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan penduduk di Kelantan juga menggunakan air telaga tiub atau boring air untuk mendapatkan air bersih di kediaman masing-masing.

Sumber: X

 

Sumber: X
Sumber: Astro AWANI
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.