in

“Khutbah dipendekkan” – COVID-19: Menteri Agama Keluarkan Garis Panduan Khusus Untuk Hadiri Solat Jumaat

Jumaat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan daripada penyebaran wabak COVID-19 yang makin serius di Malaysia, ada ura-ura yang mengatakan Solat Jumaat yang diadakan pada setiap minggu kemungkinan besar terpaksa dihentikan.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa Solat Jumaat perlu diteruskan seperti biasa pada ketika ini walaupun negara dilanda wabak COVID-19. 


 

Solat Jumaat diteruskan tapi dengan syarat?

Menerusi kenyataan media beliau yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, Dr Zulkifli menasihatkan pihak masjid serta orang ramai untuk ambil langkah berjaga-jaga termasuklah memendekkan khutbah Jumaat bagi kurangkan masa waktu berkumpul.

Antara syarat-syarat lain yang dinyatakan ialah seperti berikut: 

  1. Khutbah dipendekkan.
  2. Orang ramai berwuduk di rumah lagi.
  3. Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit.
  4. Pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan hand sanitizer dan penutup mulut sebagai langkat pencegahan dan keselamatan.

https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/a.654471384616667/3164898156907298/?type=3&theater

 

Dalam pada itu, Dr Zulkifli juga menjelaskan bahawa jika wabak COVID-19 berada di tahap tidak terkawal, Solat Jumaat boleh tidak dilakukan namun wajib untuk diganti dengan Solat Zohor. 

Rata-rata netizen yang membaca kenyataan dari Menteri Agama ini berasa lega dan jelas dengan apa yang disampaikan berkenaan isu Solat Jumaat yang akan diadakan esok.

Marilah kita terus berdoa semoga kita semua dilindungi-NYA di samping sentiasa menjaga kebersihan diri untuk kebaikan semua. 

Baca: “Kalau meninggal memang dah ajal” – Netizen Kesal Sikap Peserta Tabligh Tak Mahu Ke Klinik, Hanya Berserah Jika Dijangkiti COVID-19

Sikap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.