Agak panas diperkatakan beberapa hari lepas mengenai isu bekas mak nyah yang juga pemilik salun, Danny yang berhasrat untuk menamatkan zaman dudanya dengan seorang kekasih baru yang bergelar doktor.
Walau bagaimanapun, panas tak sampai ke petang, hujan pula di tengah hari apabila Danny mengeluarkan kenyataan melalui satu video di TikTok mendakwa kekasihnya, Dr Qaseh rupa-rupanya isteri orang.
@dannyrichsaloon TERANIAYA #danny #dannyrichsaloon
Artikel berkaitan: “Dah beli barang nikah” – Bekas Mak Nyah Teraniaya, Dapat Tahu Buah Hati Rupanya Isteri Orang
Artikel berkaitan: “5 kali lafaz sebab ‘nervous'” – Bekas Mak Nyah Selamat Bernikah Dengan Bekas Pengkid
Dr Qaseh akui khilaf, bercinta dengan Danny walaupun masih isteri orang
Susulan pendedahan itu, Dr Qaseh, 37, mengakui kesalahannya dan ia adalah khilaf yang dia lakukan sebagai manusia biasa.
Ya, saya isteri orang, saya akuinya dan apa yang berlaku adalah khilaf saya sebagai manusia biasa. Biarlah letak semua kesalahan itu pada saya,” katanya.
Dr Qaseh katanya terpaksa tampil bersuara kerana tidak mahu isu itu berpanjangan atau terus diperbesarkan.
Tambahnya lagi, ia juga dilakukan selepas tularnya video dibuat Danny di TikTok yang mengatakan dia menipu dan keluarganya juga bersubahat tentang hal tersebut.

Saya memang sudah berkahwin lima tahun lalu dengan adik angkat dan Danny pada mulanya tak tahu hal itu.
“Tapi selepas berlaku insiden seorang lelaki mengaku suami saya, barulah saya ceritakan kepada Danny dan ada bincang dengannya, dia minta saya uruskan dahulu apa yang patut dengan suami, selepas itu kami boleh meneruskan niat untuk bernikah,” katanya.
Namun apabila Danny mengeluarkan kenyataan di TikTok, Dr Qaseh mengatakan dia berasa terkejut dan marah serta berasa tindakan itu sangat keterlaluan kerana mendedahkannya secara terbuka.
Dia juga kini memilih untuk mengalah kerana dengan cara itu isu ini akan berakhir.
Bila ditanya mengapa menjalinkan hubungan dengan orang lain meskipun sudah berkahwin, Dr Qaseh berkata hubungannya dengan suami tidak seperti pasangan lain dan tidak mahu berkongsi dengan lebih lanjut mengenainya.
Dia (suami) juga pernah beritahu saya yang dia akan lepaskan (cerai), jika saya ada orang lain, begitu juga sebaliknya dan ditakdirkan, Danny hadir dalam hidup saya.
“Suami tahu tapi itulah, hati manusia ini berbolak balik dan mungkin sebab banyak campur tangan orang luar, perkara jadi macam apa yang tular itu,” jelasnya.
Dr Qaseh kini katanya dalam proses memfailkan perceraian dan dia juga menjelaskan perceraian ini berlaku bukan kerana ingin meneruskan hubungan dengan Danny tetapi demi masa depan masing-masing.
Sumber: Harian Metro
