in

“Khidmat terakhir seorang sahabat” – Operator Kren Ditemukan Maut Dalam Kabin Di Ketinggian 20 Meter

operator menara kren maut dalam kabin

Seorang pekerja operator kren menara ditemukan meninggal dunia dalam kabin jentera di tapak pembinaan dekat Persiaran KLCC semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri sebelum rakan sekerja meminta bantuan pasukan bomba bagi menurunkan mangsa yang berada pada ketinggian hampir 20 meter.

Menerusi kenyataan bomba, pihaknya menerima panggilan pada 5.43 petang dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan kesihatan mengesahkan mangsa sudang meninggal dunia.

Artikel berkaitan: Pegawai Polis Muda Meninggal Dunia, Kena Serangan Jantung Ketika Bersenam

Artikel berkaitan: “Alasan sebab masa solat jumaat terlalu lama”- Majikan Larang Operator Kren Solat Jumaat, Rupanya Isu Ini Dah Lama

“Mangsa berjaya dibawa turun oleh anggota dengan menggunakan bantuan dari menara kren bersebelahan pada jam 7.46 malam,” kata bomba.

d033c88c abc0 45d6 ba2e 856fff39c995

Khidmat terakhir seorang sahabat

Menerusi sebuah video di TikTok, dipaparkan detik-detik mayat dibawa turun menggunakan kren menara bersebelahan yang dikendalikan oleh rakannya.

“Khidmat terakhir seorang sahabat turunkan jenazah sahabatnya sendiri,” tulisnya dalam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@jejakasederhana/video/7302086675272862977

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro, TikTok

Sumber: Utusan