Siapa sangka, hari yang sepatutnya menjadi hari yang paling indah, berubah menjadi detik paling perit dalam hidup bakal pasangan mempelai ini apabila rumah kediamannya dijilat api.
Menurut perkongsian daripada seorang pengguna TikTok ini, majlis perkahwinan bakal pengantin yang dikenali sebagai Nurul ini bakal berlangsung dalam masa 2 hari, dalam video tersebut dapat dilihat khemah telah pun didirikan.
Artikel Berkaitan : “Abah, abah” – Bapa Cerita Pengalaman Perit Hilang Dua Anak Kecil Saat Rumah Terbakar
Artikel Berkaitan : Disangka Rumah Terbakar, Penemuan Bomba Ini Buat Ramai Terkejut
@aliahrose98 Alhamdulillah tiada yg cedera , disebabkan kejadian tu berlaku semasa rewang, ramai saudara mara membantu 🥺 #foryou
Bagaimanapun, tiada berlaku kemalangan jiwa dan tiada yang tercedera, namun begitu melihat keadaan rumah habis, semuanya rentung.
Menurut pemilik video, kejadian ini berlaku semasa orang ramai sibuk merewang dan menerusi ruangan komen, pemilik video menjelaskan bahawa punca kebakaran masih belum dikenal pasti, namun ada yang menyatakan bahawa terdengar bunyi benda meletup.
Walaupun lokasi dan waktu kejadian masih belum disahkan, video yang meraih 114K jumlah tontonan dalam masa sehari ini telah meraih simpati netizen dan ramai yang memberikan semangat dan sokongan moral buat bakal pengantin.
Semoga urusan pernikahan pengantin ini dapat berjalan dengan lancar.
Sumber : TikTok