in

Khairy Umum 3 Kelonggaran SOP & Perubahan Besar Bakal Berlaku Mac Ini

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengumumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah pun melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang bakal bermula serta merta.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat selepas pengumpulan data yang diterima dari semasa ke semasa. Antaranya adalah:


  1. Kontak rapat TIDAK BERGEJALA atau tidak mempunyai apa-apa simptom serta telah menerima dos penggalak tak perlu kuarantin diri. Tetapi jika mempunyai gejala, individu ini perlu asingkan diri dan lakukan ujian kendiri.
  2. Jika dikesan sebagai kontak kasual melalui MySejahtera atau contact tracing, status kesihatan tidak akan lagi berubah menjadi warna kuning sebaliknya hanya akan terima notifikasi sebagai langkah berjaga-jaga.
  3. Pengembara yang tiba dari luar negara melalui vaccinated travel lane (VTL) dari Singapura atau Langkawi International Travel Bubble atau MIDA One Stop Centre dah tak perlu menjalani ujian Covid-19 harian selama lima hari. Begitu juga dengan individu yang tiba dari United Kingdom. Namun perlu membuat ujian PCR sebelum berlepas dan selepas tiba di Malaysia.
@khairykj

Beberapa kelonggaran SOP bermula Mac ini. #fyp #kkm

♬ Grammarg – BLVKSHP

Selain itu, Khairy turut memberitahu tentang perubahan besar yang bakal berlaku pada bulan Mac ini di mana bulan ini merupakan bulan terakhir bagi penerima vaksin Sinovac dan juga warga emas untuk mengambil dos penggalak.

Ini kerana, bermula 1 April status lengkap vaksinasi di MySejahtera bagi golongan-golongan ini akan bertukar menjadi putih atau tidak lengkap sekiranya mereka gagal mengambil dos penggalak.

Dengan pematuhan SOP yang baik, pengambilan dos penggalak dan #PICKids, InsyaAllah banyak lagi kelonggaran boleh diberikan.”

 

Baca: “Pakat gi cocok deh” – KJ Risau ICU Makin Penuh, Kecek Kelate Mintak Rakyat Di Sana Ambil Vaksin & Booster

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.