TikTok telah menjadi kelaziman dalam masyarakat untuk berkongsi tidak kira apapun perkara sama ada berkaitan dengan kehidupan seharian ataupun perniagaan.
Platform ini juga menjadi keutamaan masyarakat kita untuk mengetahui isu-isu semasa yang berkaitan dalam negara ataupun luar negara.
Khairul Aming kongsi mengenai kuasa ‘FYP’
Memandangkan platform laman TikTok ini telah memonopoli kehidupan masyarakat, seorang influencer yang dikenali sebagai Khairul Aming telah berkongsi mengenai bagaimana kuasa ‘FYP’ TikTok mampu bantu kedai makan boleh viral dengan mudah!
https://twitter.com/khairulaming/status/1551864617496100864?s=20&t=qf9ArqjnODBLQdhnizl_6A
Twitter kian berubah
Dia telah menyatakan bahawa Twitter dahulu telah menjadi satu platform yang berpotensi untuk mendapat perhatian orang ramai dengan sangat cepat melalui jumlah retweet dan likes.
Namun, laman tersebut kini dipenuhi dengan pengisian yang berunsurkan kontroversi, politikal dan isu semasa yang menyebabkan content yang berkait dengan hiburan seperti kedai makan sudah mula tenggelam.
TikTok sebagai pengganti
Dia turut berkongsi mengenai laman TikTok ini yang boleh dikatakan menjadi a happy place kerana telah menunjukkan content yang berunsurkan hiburan dan sangat ringan untuk pengguna nikmati.
“First, Tiktok punya barrier to entry tu tak susah macam IG or Youtube. Account yang small followers pn boleh masuk FYP asalkan video tu menarik dan orang nak engage. Benda ni bagi freedom kepada sesiapa untuk sampaikan sesuatu story kepada orang ramai dengan mudah.”
Pengguna bermain peranan untuk ‘FYP’
Pengguna juga memainkan peranan sangat penting untuk menarik minat orang supaya datang ke sesebuah restoran.
Seperti yang dinyatakan oleh Khairul Aming, dia telah membuat satu perkiraan dimana memuatnaik video secara beramai-ramai ke laman TikTok juga sangat penting untuk mengekalkan atau meningkatkan jumlah penonton.
“So assuming ada kedai makan jual Kunafa, and 200 orang pergi. 10 orang buat video pasal kunafa ni, and 1 orang masuk fyp dgn views 500k. So sekarang 500,000 orang kenal kedai kunafa ni dgn effort seorang pelanggan ni. What happens next?”
“Crowd kedai yang 200 orang naik ke 2,000 orang, and daripada 10 orang buat video now dah naik ke 100 orang. Daripada 100 orang ni 10 orang lagi fyp dgn views 500K menjadikan total exposure 500K x 10 = 5 juta exposure.”
Rantaian reaksi akan bersambung jika video gian dimuatnaik oleh ramai orang
Satu contoh yang telah diberikan oleh influencer tersebut mengenai donut keluaran Starbucks yang viral baru-baru ini. Video yang asalnya telah mendapat 1.6 juta tontonan dan mendapat perhatian ramai orang untuk mencuba.
Kemudian, keesokan harinya dia telah mencuba donut tersebut dan membuat video sama seperti video pemilik asal tersebut.
Videonya pula telah mencapai 2.6 juta tontonan. Jumlah tontonan terkumpul boleh dikira sebanyak 3.9 juta dan tidak berhenti di situ sahaja kerana ramai pengguna lain juga turut berkongsi video mengenai donut tersebut.
Inilah yang dipanggil sebagai chain of reaction yang bermaksud orang akan berminat untuk membeli kerana ramai yang berlumba-lumba untuk mencuba. Perkara ini juga bermain dekan psikologi manusia untuk mewujudkan sifat ingat cuba.
Tak semua kedai akan terima sambutan dengan video!
Dia turut menegaskan bahawa tidak semua video akan mendapat impression yang tinggi daripada orang kerana ia juga mempengaruhi banyak faktor seperti penyampaian cerita, cara presentation makanan dan rekaan kedai.
Begitulah cara yang telah dikongsi oleh Khairul Aming mengenai realiti dan cara untuk mendapatkan pelanggan dengan sangat cepat tanpa modal pengiklanan yang banyak.