Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian di Facebook, yang bercerita mengenai kisah Norijan Murad yang berniaga nasi lemak berharga RM1 di hadapan Maybank di Pulau Pinang.
Norijan memberitahu, dia berniaga nasi lemak bungkus itu untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan demi membantu suaminya yang hanya bekerja di sebuah kilang.
Sebelum ini, Norijan adalah seorang peniaga nasi berlauk selama lima tahun, namun selepas berpindah dia tidak lagi menjual nasi berlauk kerana kekangan lokasi dan juga peningkatan kos sara hidup yang menyebabkan jualan nasi berlauknya itu tidak balik modal.
Sejak tiga bulan yang lalu, dia bersama dua orang anaknya mula berniaga di hadapan sebuah bank di Simpang Ampat, manakala anak sulungnya berniaga berhampiran rumah mereka.
Difahamkan, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), keluarga Norijan mengalami masalah kewangan yang agak teruk selepas mereka berpindah ke Pulau Pinang dari Taiping atas sebab penempatan pekerjaan suaminya.
Dapat sambutan selepas ‘viral’!
Namun, nasib Norijan berubah sekelip mata selepas foto dia menunggu pelanggan bersama anaknya di kaki lima bank itu menjadi tular di Facebook pada 26 Mac lepas.
Norijan tidak menyangka bahawa kuasa viral zaman kini memberikan impak positif terhadap perniagaannya itu dan dia amat terharu dengan sambutan yang luar biasa ini dan menganggapnya sebagai rezeki terindah bulan Ramadan kali ini.
“Lebih 20 orang dah hubungi saya, mereka transfer duit modal nak minta saya infak nasi lemak. Saya tak sangka hadirnya rezeki dalam cara ini,” katanya.
Selain itu, Norijan turut berjanji agar tidak menaikkan harga jualannya itu pada masa akan datang kerana mahu pelanggan menikmati juadahnya itu dengan harga yang berpatutan.
Sekadar info tambahan, Norijan menjual nasi lemak bungkus dengan harga RM1 di Simpang Ampat, Pulau Pinang dan mula beroperasi dari pukul 8:30 malam sehingga 11 malam.
Semoga dimurahkan rezeki akak ni…
Baca : “Dah macam jual baju bundle” – Peniaga Buat ‘Live’ Jual Nasi Lemak, Siap Boleh ‘Lock’