in

Ketum Boleh Jejaskan Otak, Jangan Jadikan Ubat – AADK

syaz ft 2025 09 17T152902.209

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Penolong Pengarah (Aduan, Risikan dan Operasi) AADK, Hamizan Haidzir, berkata pengambilan ketum dalam kuantiti banyak dan berterusan boleh mengundang ketagihan serta menjejaskan fungsi otak.

Dalam laporan Harian Metro, beliau menjelaskan ketum mengandungi mitragynine, sejenis bahan psikoaktif yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga Akta Racun 1952.


Artikel berkaitan: Ketagih Minum Air Ketum Punca Pelajar Makin Malas Ke Sekolah – AADK

Artikel berkaitan: Trak Dikejar Tentera Terbabas Masuk Longkang, Cubaan Seludup Ketum Gagal

“Bahan psikoaktif boleh menjejaskan otak hingga menyebabkan seseorang berhalusinasi, persepsi terganggu dan fungsi kognitif menurun. Jika diambil berlebihan, kesannya hampir sama seperti dadah heroin.

Namun, jika diambil dalam kuantiti kecil dengan bancuhan tidak terlalu pekat, kesannya lebih terkawal dan hanya memberi rangsangan seperti stimulan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa sehingga kini, tiada kaedah penggunaan ketum yang dianggap selamat di sisi undang-undang, malah ia tidak pernah diiktiraf sebagai ubat berkesan oleh pihak berkuasa.

Beliau juga berkata trend pengambilan ketum dalam kalangan anak muda kini membimbangkan kerana ia diambil dalam bancuhan pekat dan berterusan, hingga memberi kesan sama seperti dadah jenis opiat.

“Lebih membahayakan, ada yang mencampurkan ketum dengan bahan lain seperti ubat batuk untuk mendapatkan kesan luar biasa, menyebabkan tahap kebergantungan mereka semakin meningkat.

Alasan biasa yang diberi ialah untuk tujuan perubatan, sedangkan hakikatnya mereka mengambil ketum untuk berseronok dan berkhayal,” katanya.

Sehubungan itu, Hamizan menggesa golongan terbabit supaya segera mendapatkan rawatan di AADK sebelum ketagihan mereka menjadi lebih parah.

Beliau turut mengingatkan bahawa pengambilan ketum tetap menjadi kesalahan dan AADK kini boleh mengambil tindakan menerusi pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283) yang berkuat kuasa sejak 22 Ogos lalu.

Katanya, menerusi operasi terkini, pihak berkuasa dapat mengesan penyalahgunaan ketum melalui ujian air kencing, sekali gus membolehkan rawatan awal diberikan.

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.