in

“Ketuk pintu, then lari”- [VIDEO] Lelaki Mengadu Hampir 2 Tahun Diganggu ‘Hantu Jiran’

Gangguan Penduduk Hantu Singapura Ft Image e1631593597205

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang penghuni di sebuah kawasan perumahan awam yang diuruskan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Singapura dilaporkan telah diganggu oleh bunyi ketukan pintu yang dikhabarkan telah berlaku selama dua tahun.

Menerusi laporan portal berita tempatan, difahamkan gangguan tersebut sering berlaku pada waktu pagi dan ianya berlaku sejak unit tersebut menerima penghuni baharu.


Baru-baru ini, persoalan pemilik tersebut akhirnya terjawab apabila sebuah video rakaman kamera litar tertutup berjaya merakamkan apa sebenarnya yang terjadi.

Gangguan ‘hantu’ moden

Hantu Moden Singapura

Menerusi rakaman berdurasi sekitar 16 saat yang dimuat naik ke Facebook tersebut, kelihatan sebenarnya gangguan tersebut dilakukan oleh ‘hantu’ yang dipercayai salah seorang jiran yang berselubung di sebalik selimut.

‘Hantu’ tersebut kelihatan berjalan kearah sebuah rumah sebelum dengan sengaja membuat bunyi bising sambil mengoncangkan pemegang pintu unit tersebut.

Difahamkan, selain gangguan ketukan pintu adakalanya suspek tersebut sengaja menghentak-hentak kaki sepanjang kaki lima kawasan perumahan awam tersebut dengan sengaja untuk menganggu kententeraman penghuni unit tersebut.

Namun, luahan masalah ini difahamkan hanya berkesudahan di group aduan di Facebook sahaja kerana menurut mangsa Vincent Ng, gangguan yang dilakukan oleh jiran tidak boleh dikenakan tindakan sama ada dari HDB, Majlis Bandaran mahupun pihak polis sendiri.

Menurut komen yang ditinggalkan, perumahan HDB adalah diluar bidang kuasa polis di Singapura, namun ia boleh menjadi kes polis sekiranya ia dilaporkan sebagai cubaan pecah masuk, bukannya gangguan.

FB Hantu Singapura Comment

Sehingga kini, video tersebut telah dikongsikan lebih 200 kali selain mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berikan pelbagai cara untuk menangkap ‘hantu’ tersebut, dan tak kurang juga yang minta pemilik untuk buat perkara yang sama kepada rumah hantu tersebut.

Punyalah banyak masa ‘hantu’ ni kan? Kalau jadi kat korang, apa nak buat??

Baca : “Dia nak gurau2 tu” – [VIDEO] Seram! Gadis Dakwa Terakam ‘Kelibat Putih’ Semasa Tengok Bunga Api

Ft Image Nampak Hantu

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.