in

Ketua Polis Negara Dedah GISBH Tidak Pernah Bayar Cukai

Tak Bayor Cukai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak pernah membayar cukai berkaitan perniagaan mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain berkata, maklumat ini diperoleh berdasarkan kerjasama antara PDRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).


1982971

GISBH tidak pernah membayar cukai yang berkaitan dan maklumat itu adalah selari dengan siasatan PDRM yang dijalankan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

Beliau walau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut sejak bila ia berlaku dan jumlah cukai yang gagal dijelaskan oleh GISBH.

Artikel berkaitan: Op Global: Polis Rampas Helaian Janggut Dalam Premis GISBH

Artikel berkaitan: Mahu Elak Dikesan Pihak Berkuasa, Pengikut GISBH Tanam Buku Di Tepi Sungai

34 individu GISBH akan ditahan semula mengikut SOSMA

Dalam pada itu, seramai 34 individu termasuk pimpinan tertinggi GISBH akan ditahan semula mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) selepas tempoh reman mereka berakhir.

Reman mereka akan dilanjutkan selama empat hari bermula hari ini hingga Ahad ini, 29 September.

Gisbh 1 E1726748258448

“Mereka yang ditahan ini merangkumi 24 ahli GISBH termasuk individu yang memegang jawatan tertinggi.

“Dalam pada itu, berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh, sebanyak 34 tahanan yang selesai menjalani tempoh reman akan ditahan semula mengikut SOSMA,” kata Razarudin.

PDRM juga masa yang sama menggesa masyarakat supaya menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kes ini kepada pihak polis.

Sumber: Berita Harian 1, 2

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.