in

Ketua Pengarah JKOM Akui Kesilapan Pihaknya Selepas Dikritik Gara-Gara Poster Belanja Bulanan

Poster Jkom Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang sebuah poster yang dihasilkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berkait isi rumah bersama dua anak mampu menampung hidup pada kadar RM391 sebulan bagi perbelanjaan dapur yang mendapat sindiran dan kritikan ramai.

Dalam infografik berkenaan, J-KOM menyenarai enam barang dapur yang boleh dibeli isi rumah itu dengan bergantung kepada gaji minimum RM1,500.


Perkara tersebut dengan pantas mendapat perhatian netizen kerana menurut infografik yang disediakan itu, barangan yang meliputi dua ayam seberat 2kg berharga RM37.60; beras (RM38/10kg); dua minyak masak (RM6.90/1kg); telur sepapan 30 biji (RM14); dua roti buku jumbo RM8.60, dan setong gas RM19 untuk kegunaan sebulan dikatakan ‘tak masuk akal’.

Sebagai contoh, tong gas tidak dibeli secara bulanan selain infografik tersebut juga tidak menyenaraikan banyak lagi barangan seperti barangan runcit atau rencah untuk memasak.

Susulan posting berkenaan, Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusuff tampil mengakui bahawa terdapat kesalahan dari pihaknya yang mencetuskan kritikan tersebut selain mengakui bahawa tajuk dan penjelasan yang ada pada poster berkenaan agak mengelirukan.

Jelasnya lagi, perkara yang disenaraikan dalam infografik berkenaan adalah tidak logik sekiranya ia merupakan senarai pembelian sekeluarga yang terdiri daripada 4 orang.

Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

Menurutnya, jumlah RM391 tersebut hanya untuk menampung barang-barang keperluan keluarga (empat orang) dan bukan keseluruhan senarai runcit.

Selain itu, infografik yang disediakan tersebut bertujuan untuk berbuat demikian bagi menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa bil runcit akan dinaikkan daripada RM200 kepada RM500 tambah Agus lagi.

Dalam masa yang sama, ketua pengarah berkenaan berkata senarai barangan yang ada dalam infografik berkenaan hanyalah barangan keperluan yang menerima subsidi atau dalam senarai barangan harga terkawal dan bukannya perbelanjaan bulanan sebuah keluarga.

“Sebagai ketua pengarah, saya bertanggungjawab atas segala kritikan dan salah faham yang berlaku kerana tidak menjelaskan perkara tersebut”

Mohammad Agus juga mengakui bahawa tajuk infografik tersebut sepatutnya boleh disusun dengan lebih baik dan penjelasan yang diberikan dalam poster berkenaan seharusnya lebih jelas.

Pun begitu, beliau berpegang kepada data yang dikeluarkan kerana pasukannya telah memeriksa segala-galanya di pasar raya dan juga menggunakan aplikasi PriceCatcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Biasanya, dalam senarai perbelanjaan pastinya ada barang keperluan dan juga kemahuan, namun infografik berkenaan hanya menyenaraikan barangan keperluan.

Sumber : The Star

Baca : Ramai Marah KWSP Cadang Pengeluaran Bulanan Mandatori Pada Usia 55 Tahun, Ini Apa Korang Perlu Tahu…

Collage 15

Sumber: Malaysiapost

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.