Bekas Perdana Menteri ke enam Malaysia, Najib Razak dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC), Kuala Lumpur selepas kesihatannya didapati tidak memuaskan dan dirujuk kepada hospital tersebut untuk rawatan.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook Jabatan Penjara Malaysia, pada 19 September 2022, pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah merujuk Dato’ Sri Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.
https://www.facebook.com/jabatanpenjaramalaysia/posts/pfbid02CYoZ6ombXYmEKtnZbQcP8H8sTouJT3FVaYhvwLgRcwDr49RKYFt3ksswWGVHNU3ql
Difahamkan, ahli parlimen Pekan itu akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atasnya.
Selain itu, jabatan tersebut juga menyatakan ia merupakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara di mana selain melaksanakan hukuman yang telah dijatuhkan, pihak penjara juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau.
Ia termasuklah penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
Sebagai info, Najib Razak kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Baca: “Banduan perlu dirujuk di hospital kerajaan” – KJ Nafi Najib Bakal Dibawa Ke IJN