Baru-baru ini tular satu klip potongan video daripada sebuah rancangan dari Korea Selatan, ‘My Golden Kids’ yang memaparkan seorang budak lelaki meluahkan rasa sedihnya diabaikan oleh ibu dan bapanya.
Untuk pengetahuan, rancangan realiti tersebut memerlukan beberapa pakar keibubapaan bertukar pendapat mengenai parenting ibu bapa zaman sekarang.
Dah aku nak ngis aku tak nak kawan dgan semorang bye ? pic.twitter.com/zPHiFjADG2
— Yon (@Amrlamnnn) November 21, 2023
Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki yang bernama Geum Ji Eun menjawab beberapa soalan mengenai ibu bapanya. Perit untuk menceritakan apa yang dirasa, Geum Ji Eun menjawab satu persatu soalan yang diberikan.
Soalan-soalan yang ditanya
Antara soalan yang ditanya adalah siapa yang dia sukai antara ibu dan ayahnya? Geum Ji Eun tidak dapat menjawab soalan itu lalu berkata,
I don’t know. I am alone at home. No one plays with me.
Ada beberapa rakaman CCTV juga diselit dalam video itu memaparkan Geum Ji Eun sedang bermain berseorangan di dalam sebuah bilik.
Apabila dia ditanya tentang ayahnya, Geum Ji Eun berkata bahawa dia takut ketika ayahnya sedang marah dan berharap ayahnya boleh bercakap dengan cara yang baik kepadanya.
He is scary when is mad. I wish he can talk to me nicely. I hope he call me softly like this.
Soalan seterusnya adalah berkaitan ibu Geum Ji Eun. Kanak-kanak itu merasakan bahawa ibunya tidak sukakannya.
I think she doesn’t like me.
Artikel berkaitan: “Ada aduan dari pihak sana” – Shuhada Dedah Rumah Pernah ‘Diserbu’ JKM, Didakwa Abaikan Anak-anak
Artikel berkaitan: Ibu Bapa Ketagih Dadah Abai Anak Berusia 1 Dan 3 Tahun, Tidak Beri Susu Selama Seminggu
Tidak dapat menahan rasa sebak, Geum Ji Eun menangis dan meminta pemberi soalan tunggu seketika. Kemudian, Geum Ji Eun ditanya adakah dia pernah memberitahu perkara ini kepada ibunya?
She never listens to me. I want mom to play with me.
Video yang berdurasi 1 minit 2 saat ini ternyata membuatkan para netizen meluahkan rasa sedih mereka di ruangan komen. Mereka berharap dengan klip potongan video ini dapat menyedarkan ibu bapa di luar sana agar sentiasa memberi perhatian yang cukup kepada anak-anak.
Sedihnya tengok Geum Ji Eun tahan nangis. Kuat budak ni!
Sumber: X, My Drama List