in

“Kesian tak ada anak” – Tiba-tiba Cakap Pasal Anak, Netizen Kecam Pemanggil Radio Tak Sensitif Dengan Elizad

Elizad Pemanggil Radio Cakap Pasal Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap soal anak, ia merupakan perkara yang agak sensitif bagi kaum wanita tambahan pula bagi mereka sudah berusaha bertahun-tahun bagi mendapatkan zuriat.

Antara selebriti yang berada dalam stage ‘TTC’ ini ialah pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad.


https://www.instagram.com/p/CfQGuLePUNy/

“Kesian takpe ramai orang tak ada anak…” 

Seperti ramai yang sedia maklum, Elizad sebagai penyampai radio akan melayan kerenah pemanggil ketika ke udara di stesen Sinar FM, namun baru-baru ini tular satu rakamannya bersama pemanggil yang menjadi perbualan ramai.

Menerusi perkongsian TikTok @eikazahalia, seorang pendengar radio telah membuat panggilan kepada Elizad untuk meluahkan rasa sedihnya kerana pelakon itu tidak lagi ke udara di slot DUO SINAR bersama Hefny Sahad.

https://www.tiktok.com/@eikazahalia/video/7137208668436598042?_r=1&_t=8VEgijFsmdl&is_from_webapp=v1&item_id=7137208668436598042

Walau bagaimanapun, ketika ‘bersembang’ pemanggil radio itu tiba-tiba menyebut tentang soal Elizad yang tidak mempunyai anak.

Kesian takpe ramai orang tak ada anak.” 

Meskipun Elizad dilihat tenang menghadapi situasi itu dan menukarkan perbualan ke topik lain, ramai di kalangan netizen bengang dengan tindakan pemanggil radio itu. Adoi… 

“Cari dia suruh minta maaf dekat Elizad” 

Pemanggil radio yang dianggap kurang sensitif tersebut telah dikecam netizen yang mana rata-rata meminta wanita berkenaan untuk memohon maaf kepada Elizad.

Ada juga yang mengatakan wanita berkenaan seakan-akan sengaja menyebut tentang hal tersebut yang dirasakan tiada kena mengena dengan perbualan mereka di dalam radio.

Tak Sensitif

Walau bagaimanapun, menurut perkongsian di Instagram Elizad, dia sebenarnya telah ditukar ke slot ‘Pagi Di Sinar’ dan bukannya meninggalkan konti radio seperti yang digembar-gemburkan.

https://www.instagram.com/p/ChzfmDRhRrg/

Marilah kita sama-sama doakan semoga rezeki Elizad untuk menimang cahaya mata dipermudahkan kelak. Amin… 

Baca: “Saya faham perasaan awak” – Siti Elizad Terkejut Dapat ‘Call’ Dari Tuanku Permaisuri, Rupa-rupanya…

Azizah

 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.