Sesungguhnya Allah Taala menjadikan akan benda-benda yang Dia kehendaki, bahawa Dia jadikan akan benda itu dengan bersegera, lagi dengan ketiadaan terlewat, daripada waktu yang Dia kehendaki adanya benda itu, pada waktu tertentu itu.
Kuasa Allah itu sememangnya tiada tandingan, siapa kita untuk melawan takdir dan ketentuan-Nya.
Begitu juga bagi Amereza Zaameer, ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan yang koma selepas dipercayai terjatuh dari motosikal.
Kejadian berlaku pada tengahari Jumaat lalu, yang mana seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun terjatuh dari motosikal akibat tertidur sehingga menyebabkan kanak-kanak itu koma.
“Doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah.”
Menurut perkongsian ibu saudara mangsa, Fareedah Mat Shat di facebook, Amiera Zulaikha, 6 tahun dijemput ibunya dari sekolah dengan menaiki motosikal.
Ketika dalam perjalanan pulang, Amiera dipercayai tertidur sebelum dia terjatuh dari motosikal dan menyebabkan dia mengalami pendarahan yang banyak, keluar melalui mulut, telinga dan hidung kanak-kanak itu.
“Masuk darah 9 beg. Kelmarin buat pembedahan baiki rahang. Tapi masih belum sedarkan diri dari koma dan bergantung kepada bantuan mesin oksigen. Tapi hari ini doktor maklumkan otak dia dah bengkak dan mati, tak boleh nak buat apa dah. “
“Pagi tadi doktor nak cabut wayar oksigen tetapi ibu dan ayah dia tak bagi, tunggu dulu. Kalau cabut, dia akan tinggalkan kami semua. Sekarang ada di ICU Hospital Kajang. “
Fareedah pada masa sama meminta doa seluruh rakyat Malaysia supaya Amiera diberi kesembuhan seperti sediakala.
“Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun”
Katanya, doktor ada maklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak mempunyai harapan untuk sembuh kerana…
“Mohon doakan kesembuhan buat Amiera Zulaikha. Keadaannya masih tidak stabil. Doktor kata tak ada harapan untuk sembuh. Denyutan nadi dan tekanan darah semakin menurun,”
Sementara itu, ibu mangsa Amereza Zaameer melalui Facebooknya turut meminta orang ramai mendoakan agar anaknya pulih kembali.
Malah beliau turut reda dengan apa jua ketentuan Yang Maha Esa sekiranya sudah ditentukan di Luh Mahfuz Allah.
Kesayangan Umie, Amiera Zulaikha. Kalau Ika penat, rehatlah. Terima kasih Ika atas kenangan terindah Ika bersama kami. REhatlah Ika, Umie dan Abie sayang Ika Ya Allah, aku mohon kekuatan Ya Allah,” tulisnya.
https://www.facebook.com/amereza.zaameer/posts/2514545851920463
https://www.facebook.com/amereza.zaameer/videos/1406347319406994/
Bagaimanapun, di facebook wanita itu sebentar tadi ramai yang mengucapkan takziah selain meminta wanita itu untuk kuat dan tabah menerima berita pemergian anak perempuannya yang tercinta.
Alfatihah, semoga adik Amiera Zulaikha ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..amin