in

Kes Zayn Rayyan: Peguam Anggap Tindakan Polis Agak Luar Biasa & Aneh

Polis Aneh Luar Biasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini memberi tumpuan kepada mahkamah untuk mengetahui perkembangan kes melibatkan kematian kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Difahamkan, dalam prosiding di mahkamah sebentar tadi, tiada pengakuan bersalah dibuat oleh ibu Zayn Rayyan, sebaliknya hanya memberi keterangan di hadapan majistret.


Menurut Harian Metro, pihak pembelaan mendakwa tindakan polis membawa ibu Zayn Rayyan ke mahkamah untuk merekod pengakuan bersalah wanita itu di hadapan majistret agak luar biasa dan aneh.

Artikel berkaitan: “Insya-Allah satu Malaysia akan gembira” – Kakak Kepada Ibu Zayn Rayyan

Artikel berkaitan: Kes Zayn Rayyan Sudah Hampir Ke Penghujung, Petunjuk Besar Didakwa Sudah Diperoleh Polis?

Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat menyatakan mereka tidak dimaklumkan oleh polis mengenai prosiding tertutup hari ini, sebaliknya hanya dimaklumkan menerusi media.

130624 Peguam Lewat 1

“Kami dimaklumkan satu prosiding tertutup di mana pegawai penyiasat membawa ibu arwah Zayn Rayyan ke Mahkamah Majistret 2 yang pihak kami anggap luar biasa dan agak aneh di mana difahamkan akan berlaku satu pengakuan diberikan di hadapan majistret.

“Kami datang ke mahkamah hari ini jam 11.30 pagi dan dibenarkan masuk ke dalam prosiding yang dilakukan dalam kamar, bukan di mahkamah terbuka.

“Ketika kami tiba, pegawai penyiasat baru saja memulakan permohonan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah,” katanya.

Pihak peguam telah membuat bantahan permohonan polis untuk mendapatkan pengakuan salah daripada ibu kanak-kanak autisme itu.

Menurutnya, bantahan pihaknya direkodkan Majistret Zhafran dan dimaklumkan permohonan itu dibuat polis di bawah Seksyen 26(1) Akta Keterangan 1950.

“Kami juga membantah berikutan merasakan ia tidak relevan langsung untuk mengambil sebarang pengakuan salah di hadapan seorang majistret, atas alasan ini Zhafran merekodkan kesemuanya.

“Apa lebih penting, kami tidak menerima kerjasama langsung daripada pihak polis, kami tidak dibenarkan berhubung sepanjang reman, terima kasih pihak media sekurang-kurangnya anak guam kami ada representasi,” katanya.

Nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu akan diketahui esok sama ada didakwa atau dibebaskan.

Sumber: Harian Metro

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.