in

Kes Tipu Pakej Perkahwinan: Pengantin Tak Pernah Berjumpa Dengan Katering, Hanya Buat Urusan ‘Online’

Catering Scammer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini mengenai sebuah keluarga yang ditipu syarikat katering sehingga terpaksa masak sendiri juadah untuk dijamu kepada tetamu yang hadir selepas pihak katering yang ditempah tidak muncul-muncul.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil keluarga pengantin menerusi satu hantaran di Facebook yang mendakwa pengantin mengalami kerugian kira-kira RM13,000 akibat ditipu syarikat katering terbabit.


Menurut sumber, pengantin tidak pernah bersemuka dengan pihak katering, sebaliknya hanya berurusan dalam talian untuk mendapatkan pakej perkahwinan yang dilihat di Facebook.


Artikel berkaitan:  [VIDEO] Influencer Dakwa Ditipu ‘Wedding Planner’, Kena Songlap RM180K Sampai Majlis Kahwin Jadi Huru-Hara?

Artikel berkaitan: “Ada yang kami kena buang” – ‘Wedding Planner’ Sedih Pelamin Terbiar & Dilonggok Pihak Kanopi

Menerusi siasatan awal pihak polis, mangsa yang merupakan pengantin perempuan berurusan dengan seorang wedding planner dari Shah Alam pada 3 April lalu.

Kata Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, mangsa membuat pembayaran pertama sebagai deposit secara dalam talian berjumlah RM2,780.

“Mangsa kemudian membuat pembayaran kedua pada 17 Jun sebanyak RM5,554 dan kemudian bayaran kali kali ketiga berjumlah RM4,954 pada 30 Ogos lalu.

“Secara keseluruhan, mangsa membuat pembayaran berjumlah RM13,200 secara dalam talian dan pembayaran dibuat atas nama syarikat,” katanya.

Justeru, polis akan mendapatkan maklumat mengenai syarikat katering itu dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada hari ini.

Polis akan mengesan nombor akaun bank yang digunakan selain mendapatkan maklumat pemilik akaun melalui Commercial Crime Intelligence System (CCIS) dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.