Kes jangkitan Covid-19 secara tiba-tiba meningkat di China dan beberapa negara lain dan ianya mencetuskan kebimbangan selain ada juga yang telah meningkatkan jumlah saringan serta mengetatkan kawalan.
Menurut laporan CNBC, berkemungkinan besar beberapa negara akan mengenakan sekatan perjalanan bagi membendung gelombang penyakit ini dari terus menular.
Berikut adalah senarai negara yang merekodkan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 :
China
Wilayah perindustrian Zhejiang kini berdepan sejuta jangkitan baharu Covid-19 setiap hari malah jumlah itu dijangka meningkat sehingga dua kali ganda dalam tempoh beberapa hari lagi.
Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, terdapat peningkatan kes di seluruh negara tetapi tiada laporan kematian Covid-19 di tanah besar sejak lima hari lalu.
Pun begitu, perkara ini menggusarkan negara-negara lain yang bersedia untuk melaksanakan sekatan perjalanan selain mewajibkan semula ujian saringan ketika ketibaan.
Jepun
Menurut laporan, Jepun mencatatkan lebih 200,000 kes jangkitan Covid-19 baru setiap hari dan ianya merupakan kali pertama jumlah jangkitan melepasi 200 ribu sejak 25 Ogos.
Menurut Japan Times, kes jangkita melonjak hampir sekali ganda daripada 89,622 kes kepada 136,407 dalam tempoh dua minggu ketika negara berkenaan bersedia untuk menyambut tahun baru dan sambutan Hari Natal baru-baru ini.
Selain itu, pihak kerajaan telah mengeluarkan arahan buat mereka yang berisiko tinggi dan mempunyai simptom untuk berjumpa doktor sekiranya demam dan melakukan ujian kendiri selain perlu kuarantin sekiranya didapati positif.
Dalam masa yang sama, kerajaan Jepun juga menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan suntikan vaksin yang mampu melawan varian omicron yang dilancarkan pada September lalu.
Amerika Syarikat
USA ?? COVID-19 current stats for Sun Dec 25 2022
Cases: 102,211,153
Deaths: 1,115,933
Recovered: 99,173,973
Active: 1,921,247
Tests: 1,150,735,843
Doses: 662,148,570#covid_ushttps://t.co/mMmjTvUsSz pic.twitter.com/sQvRNCg5A6— Covid Stats (@corona19_stats) December 25, 2022
Menurut laporan Business Insider, kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat (US) adalah hampir 1.6 juta kes dalam tempoh 28 hari lalu.
Seperti yang dinyatakan oleh Universiti John Hopkins sebelum ini, kes COVID-19 di AS telah melebihi 100 juta dan virus itu telah meragut nyawa 1,088,236 orang di negara itu.
Menurut data yang dikeluarkan pada hari Jumaat, separuh kes di A.S. kini disebabkan oleh dua keturunan BA.5, yang dipanggil BQ.1 dan BQ.1.1.
Tidak banyak yang diketahui tentang kedua-dua varian itu, tetapi keparahan dan tempoh penyakit kelihatan serupa dengan omicron yang lain, dan lebih ringan daripada varian asal dan delta.
Korea Selatan
Pada 23 Disember lalu, kes jangkitan di Korea Selatan mencatatkan peningkatan mendadak keapda 68,000 kes baharu dalam sehari dan daripada jumlah tersebut, 95 daripadanya ialah kes dari luar negara.
Menurut laporan, kes jangkitan sebelum ini hanyalah sekitar 1200 kes sejak seminggu yang lalu dan ia semakin meningkat selepas cuti musim sejuk.
Kerajaan Korea Selatan merancang untuk menghapuskan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup secara beransur-ansur, sekatan pandemik terakhir yang masih ada, sebagai sebahagian daripada usaha untuk beralih daripada wabak itu.
Pun begitu, pihak berkuasa kesihatan meramalkan dasar baharu itu boleh dilaksanakan sekitar akhir Januari jika wabak itu dianggap boleh diurus dengan jumlah jangkitan baharu yang stabil dan aliran menurun dalam kes dan kematian kritikal.
Perancis
Sejak 28 hari kebelakangan, kes jangkitan Covid-19 di Perancis mencatatkan peningkatan dengan lebih 10 ribu jangkitan dalam sehari dan ia semakin membimbangkan.
Menurut statistik yang dikeluarkan, lebih 40 ribu kes baharu telah dicatatkan di negara berkenaan dan jumlah ujian saringan positif setakat ini adalah 23.2 %.
Setakat ini, penggunaan pelitup muka tidak lagi wajib dikenakan di tempat awam dan pindaan terakhir dilakukan ialah pada 31 Julai, peraturan pemakaian topeng di premis berkaitan kesihatan dan penjagaan seperti hospital telah ditamatkan.
Walau bagaimanapun, orang ramai yang memasuki ruang tersebut masih dinasihatkan untuk menggunakan penutup muka.
Sementara itu, pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam tidak diwajibkan, tetapi masih disyorkan, terutamanya kini bilangan kes meningkat semula dengan ketibaan musim sejuk.