in

Kes Terbalikkan Myvi: 7 Lelaki Termasuk 4 Rider Mengaku Salah Buat Khianat

kereta myvi terbalik 7 mengaku salah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis lalu kecoh kejadian orang awam mengamuk sehingga bertindak menterbalikkan sebuah kereta myvi dalam kejadian di Kota Masai, Johor.

Susulan itu. pada hari ini, tujuh lelaki termasuk empat penghantar makanan p-hailing mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan dan menterbalikkan sebuah kereta jenis Myvi.


Fg8deTdVQAAPE9k

Mereka yang tertuduh dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan adalah;

  • Muhammad Adam Abd Rahim, 18
  • Mohamad Hairul Hasnaf Seeni Abdul Cader, 22
  • Morrisson Malvin Anak Mada, 19
  • Shaikh Al Amin Idrus, 21
  • Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19
  • Daniel Haziq Syikhanna, 21
  • Romie Rahimi, 41

Punca dari perbuatan khianat?

Fg8dgViVUAAXXvi

Berdasarkan kertas pertuduhan, semua suspek tersebut telah melakukan perbuatan khianat dengan menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta Myvi milik Tan Jing Hui, 21 secara beramai-ramai.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu didakwa berlaku di persimpangan stesen minyak Petronas Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, kira-kira 9.40 malam, Khamis lalu.

Difahamkan, semua tertuduh telah menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM15,000.

Susulan itu, mereka telah didakwa mengikut seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Boleh diikat jamin?

court4 1667295768

Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie, sekiranya mahkamah memberi budi bicara, mereka dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh, lapor Berita Harian.

Bagaimanapun, disebabkan pendapatan mereka rendah, mahkamah memberi kelonggaran dengan ikat jamin sebanyak RM7,000 setiap tertuduh dengan syarat tidak mengganggu saksi dan mangsa.

Mereka juga harus melaporkan diri ke balai polis sekali setiap bulan sehingga kes selesai dan sebutan semula bagi fakta dan hukuman pada 18 Disember depan.

Akhirnya, dah tertangkap pun mereka yang bertanggungjawab, semoga mangsa kenderaan mendapat ganti rugi yang sepatutnya…

Baca : [VIDEO] Orang Awam Didakwa Naik Angin Sampai Terbalikkan Kereta Dalam Kejadian Di Kota Masai

terbalikkan kereta kota masai 758x399 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.