Baru sebentar tadi, berita melaporkan yang perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pecah amanah dana Yayasan Akalbudi Datuk Seri Zahid Hamidi telah ditangguhkan atas sebab Zahid ‘diperlukan’ dalam perbincangan pembentukan kabinet baru bersama PM ke 8.
Laporan tersebut menimbulkan sedikit rasa tak puas hati netizen yang rata-rata merasakan pemimpin UMNO ni cuba untuk melarikan diri daripada kesnya dibicarakan.
Pun begitu, Datuk Seri Zahid sepantas kilat kemudian mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya dengan menyatakan sebab dia terpaksa menangguhkan perbicaraan kes tersebut.
“Kes saya ditangguhkan untuk hari ini sahaja”
Zahid menyatakan 5 point penting di dalam posting Facebook bahawa kesnya hanya ditangguhkan pada hari ini sahaja dan ia akan disambung seperti biasa esok.
Malah tambahnya lagi, kes tersebut tidak akan digugurkan kerana beliau ingin membersihkan diri di mahkamah tanpa pengguguran kes.
https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/1673195249485712?__cft__[0]=AZUodTaORRKYvsBrIdWinyTL4f7a9sIt_VkEc8Nm3Ow6GZJjEknX5yttKLPh7nr6DEeTwRxgxezYBclAarx3L7w5CwHVWqNd2B8zSPVcZ7Cxf6UQcVQ5RMOJUbQsamVa3QQma2Lj99rtWVM97bPjYsAyMyYOENeVBgGRoEeHUaCDiQ&__tn__=%2CO%2CP-R
Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Bagan Datuk ini juga sempat memuat naik kenyataan rasmi di Twitter dengan mengatakan beliau kini penuh istiqamah dalam menghadapi pertuduhan politik dan terpilih kerajaan terdahulu.
Pagi tadi di mahkamah penuh istiqamah menghadapi pertuduhan2 politik dan terpilih kerajaan terdahulu. pic.twitter.com/mm6ZCsT57w
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) March 2, 2020
“Saya sarankan dato jangan duduk dalam kabinet” – Netizen
Kenyataan Datuk Seri Zahid ini telah mendapat sokongan daripada pengguna Facebook meskipun ramai yang menasihatkan supaya Presiden UMNO ni untuk tidak dilantik apa-apa jawatan di dalam kabinet disebabkan kes tersebut.
Baguslah kalau masih nak teruskan kes di mahkamah tu. Harap-harap tak adalah yang cuba drop case.
Baca: “Diperlukan untuk bentuk kabinet” – Hakim Benarkan Perbicaraan 47 Tuduhan Zahid Hamidi Ditangguh