in

Kes Rumah Jalan Kebun, Perawat Dedah Arwah Pernah Minta Tolong Dengannya

ft perawat mangsa jalan kebun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dakwaan yang menganggap bahawa kisah housemate dan guru yang sudah meninggal dunia akibat gangguan pocong ketika menyewa di sebuah rumah di Jalan Kebun, Shah Alam. Ada dakwaan lain yang membuat netizen rasa curiga tentang kesahihan cerita itu.

Mereka mempertikaikan identiti arwah yang tidak pernah didedahkan secara rasmi. Malah ada mengatakan gambar kubur yang tular tentang berita kematian Cikgu Nina itu bukanlah pusaranya tetapi diambil dari Google.


Artikel berkaitan : Pernah Tular Kisah Tak Sedar Tinggal Sebumbung Dengan Pocong, Wanita Dikhabarkan Sudah Meninggal Dunia

Artikel berkaitan : Dakwa Housemate & Mangsa Orang Yang Sama, Netizen Rasa Kisah ‘Housemate Pocong’ Hanya Rekaan?

Bahkan mereka turut mempertikaikan kesahihan cerita ini kerana tiada ahli keluarga atau rakan sekerja tampil bersuara mengenai kejadian itu. Bagaimanapun, ada individu yang tampil menceritakan bahawa arwah pernah hubunginya untuk meminta tolong.

Individu yang dikatakan aktif di media sosial sebagai perawat dan sering dijemput untuk berkongsi tentang kes gangguan mistik muncul di ruangan komen menceritakan hal tersebut, tetapi tidak sempat membantunya.

Screenshot 2025 05 28 171924

Namun begitu, sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi dikeluarkan oleh keluarga atau mana-mana pihak berkuasa tentang kesahihan kematian arwah.

Sumber : Mingguan Wanita 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.