Baru-baru ini telah berlaku kekecohan ketika berlangsungnya perlawanan Liga Super di antara Perak FC dan Selangor FC di Stadium Perak pada Sabtu lepas.
Susulan insiden itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, empat individu telah ditahan yang merupakan warga tempatan berusia 18 hingga 26 tahun itu dikenal pasti terlibat dalam kekecohan berkenaan.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi permohonan tahanan reman,” jelasnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), mereka mengesahkan kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 9.17 malam itu diantara penyokong Selangor dan Perak.
Selain itu, ujian saringan air kencing mendapati salah seorang daripada empat yang ditahan, didapati positif dadah jenis TFC (Ganja) dan kes disiasat dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas sebab merusuh.
Dalam pada itu, PDRM meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut atau mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai kanan jenayah, IPD Ipoh, Asisten Superintendan (ASP) Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 bagi membantu mengesan penyokong-penyokong lain yang terlibat,” katanya.
Terdahulu, sumber melaporkan perlawanan antara Selangor FC menentang Perak FC dicemari insiden pergaduhan membabitkan penyokong casual sewaktu separuh masa pertama perlawanan.
Panass!🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/7g3gXPLRi6
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 20, 2023
Beberapa video pergaduhan itu telah tular di media sosial yang memaparkan kejadian di tempat duduk penyokong apabila beberapa orang individu didakwa menyerbu ke arah tempat duduk penyokong Selangor.
Pergaduhan dileraikan pasukan keselamatan yang bertugas walaupun video berkenaan memaparkan berlakunya aksi tumbuk-menumbuk antara kedua-dua kumpulan penyokong.
Sumber : Sinar Harian, Berita Harian, Twitter (1) (2)
Baca : 12 Maut Dalam Rusuhan Di Stadium El Salvador Ketika Perlawanan Bola Sepak
R