in

Kes Remaja Ditahan Cuba Rentas Negeri di TBS: Bapa Kandung Rogol Secara Berterusan Sejak Januari

Feat2 3

Baru-baru, seorang remaja perempuan ditahan pihak polis di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras kerana cuba merentas negeri namun tidak memiliki permit perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kejadian itu akhirnya membongkar perbuatan keji bapa kandungnya selama ini. Menurut laporan, dia melarikan diri dari rumah untuk pulang ke pangkuan ibunya di Kuala Nerang, Kedah kerana tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1324579091425583106

Hari ini, bapa mangsa didakwa atas 41 tuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya.

Menurut Harian Metro, pemilik syarikat pembersihan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut secara berterusan setiap bulan sejak Januari lepas. Tertuduh berusia 42 tahun tersebut didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan:

  • Tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan mangsa berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah rumah di Bukit Antarabangsa
  • Didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 2.10 dan 8.35 pagi pada Januari hingga Oktober 2020
  • Didakwa mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum penjara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan
  • Turut didakwa atas 18 tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan mangsa di sebuah rumah dan tepi hutan Bukit Antarabangsa antara Januari dan Oktober 2020
  • Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
  • Turut berdepan 9 tuduhan melakukan amang seksual fizikal di tempat, masa dan tarikh yang sama seperti didakwa mengikut Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017

Court

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1326071408363888640

Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan membantah sebarang permohonan ikat jamin kerana bimbang tertuduh akan melarikan diri, tidak dapat dikesan dan menganggu mangsa.

Bagi seseorang yang sepatutnya bertindak sebagai penjaga kepada anak kandungnya, tertuduh bertindak dengan cara menjijikkan sehingga sanggup melakukan kesalahan seksual seperti dalam pertuduhan.”

Tertuduh bagaimanapun membuat rayuan agar dibenarkan ikat jamin dengan alasan perlu menguruskan syarikat dan kebajikan pekerja. Selain itu, tertuduh juga menggunakan alasan bahawa dia perlu menjaga tiga kakak dan seorang adik yang menghidap barah tahap tiga.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Disember ini untuk sebutan semula kes dan melantik peguam.

Baca: Ditahan Ketika Cuba Rentas Negeri, Remaja 16 Tahun Dedah Kisah Dirogol Bapa Kandung Sejak Februari

Rentas