in

Kes PU Azman: Firdaus Wong Pilih Untuk Dedah Kerana Takut Azab Allah

Firdaus Wong Kes Pu Azman

Pendakwah bebas Firdaus Wong yang menjadi saksi ke-10 perbicaraan kes amang seksual membabitkan PU Azman menafikan dirinya seorang yang berani seperti keterangan saksi kelapan semalam.

Firdaus sebaliknya berkata dia sebenarnya penakut dan hanya menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan dan lebih takut dengan azab Allah sekiranya tidak membantu, meskipun sedar akan dikecam.

“Saya sebenarnya takut kalau di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi dan saya kelebihan untuk membantu mereka, saya tak bantu mereka.

“Maka saya memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun saya tahu akan dikecam, dihina dan dicaci maki. Tetapi ketakutan kepada Allah dan azabnya membuat saya boleh hadapi caci maki itu.. Saya sebenarnya seorang penakut, bukan berani,” katanya.

250723 Nse Puazman Saksitakpercaya Scaled 1

Tak paksa mangsa buat laporan polis

Pendakwah itu berkata, peranannya selepas mengetahui kes terkutuk itu ialah lebih kepada menjadi pemudah cara, malah tidak pernah memaksa mangsa membuat laporan polis.

“Pemudah cara dan untuk menenangkan mangsa terlibat kerana hampir semua kes yang kami kendalikan terutama bila melibatkan orang terkenal, mangsa akan alami ketakutan, trauma dan anxiety.

“Tugas saya beri kefahaman yang mereka tidak akan disaman oleh pihak yang dilaporkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menafikan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa melainkan mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.

Menurut Firdaus, pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual yang melibatkan tertuduh memandangkan beliau mengenali PU Azman sebagai bekas peserta realiti dakwah dan pernah berkomunikasi melalui WhatsApp.

Begitu juga dengan ibu bapa mangsa yang tidak percaya seorang ustaz selebriti tergamak melakukan perkara sebegitu rupa.

Baca: Saksi Ke-7 Dakwa PU Azman Minta Mangsa Kedua Lakukan Seks Oral
Ft Mangsa Cerita Detik Hitam Kena Dengan Pu Azman