in

Kes Profesor Didakwa Hantar Gambar L*cah, Pelajar Tuntut IPTA Ambil Tindakan Tegas

profesor IPTA kongsi gambar lucah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh di media sosial mengenai dakwaan seorang pensyarah berstatus profesor di sebuah IPTA terkemuka negara dikatakan menghantar gambar lucah kepada beberapa pelajarnya.

Sehubungan itu, sebuah persatuan iaitu Kelab Feminisme UM (Universiti Malaya) menggesa pengurusan universiti terbabit segera menambah baik dasar anti gangguan seksual.


Memetik laporan Malaysiakini, kelab berkenaan menuntut pihak universiti menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap ahli akademiknya yang dikaitkan dengan salah laku gangguan seksual.

Artikel berkaitan: Didakwa Hantar Gambar Tak Senonoh, Pelajar Print & Tampal Foto Pensyarah Di Papan Fakulti

Difahamkan, tiga tuntutan dikemukakan dalam memorandum, antaranya mendesak tugas pensyarah berkenaan digantung, siasatan kes secara adil dan tegas, serta memperbaiki kelemahan polisi anti gangguan seksual sedia ada.

Turut dilaporkan sebelum penyerahan memorandum, kira-kira 30 pelajar dan wakil kelab berhimpun di depan bangunan Canseleri UM dan antaranya melaungkan slogan “hidup mahasiswa” serta menuntut pihak universiti mengambil tindakan tegas terhadap pensyarah berkenaan.

Mereka juga meminta UM supaya memastikan persekitaran kampus selamat daripada ancaman gangguan seksual.

“Kami akan memantau perkembangan siasatan ini (terhadap pensyarah).

“Sebenarnya kami mengadakan sidang media ini bukan untuk menghentam pihak pentadbir kerana mereka akan menyiasat perkara ini,” kata Presiden Kelab Feminisme UM, Chin Jes Weng.

Terdahulu, UM dalam satu kenyataan berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai kes ini dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.