in

Kes Pempengaruh Hilang, Caprice Harap Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Jika Ia ‘Fake’ Semata-mata

ft caprice

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tular isu influencer yang hilang ketika membuat aktiviti paranormal dalam sebuah hutan yang terletak di Bandung semalam, pempengaruh yang dikenali sebagai Eyka itu akhirnya berjaya ditemui selepas 3 hari.

Difahamkan, Eyka ditemui dalam keadaan terbaring di atas semak samun dan tidak sedarkan diri, malah, terdapat beberapa kesan bengkak dan dia dilaporkan sedang mendapatkan rawatan di kawasan berhampiran kerana keletihan dan kelaparan.


Artikel berkaitan : “Laung azan sebelum tergerak hati…” – Influencer Hilang Di Bandung Selama 3 Hari Akhirnya Ditemui

Artikel berkaitan : Influencer Malaysia Hilang Dalam Hutan Di Bandung Lepas Buat ‘Content’ Paranormal

Setelah berita itu menjadi hangat, penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice terpanggil untuk memberikan respon terhadap isu ini. Menerusi Instagram miliknya, Caprice menggesa pihak berkuasa dari negara tersebut untuk segera ambil tindakan kepada mereka seandainya kejadian ini hanya rekaan semata-mata.

Kalau ni fake, harap-harap pihak berkuasa dekat sana ambik tindakan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang curiga berkenaan dengan kehilangan pempengaruh itu dan ada juga mempertikaikan gelagat rakan-rakan lain apabila mengetahui rakan mereka itu hilang.

Screenshot 2025 02 06 120236 Screenshot 2025 02 06 120435 Screenshot 2025 02 06 120458

Hurm, perkara macam ni tak boleh dibuat main-main, harap-haraplah kejadian ini memang benar-benar berlaku dan mujurlah mangsa selamat. 

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.