Mungkin ramai yang dah lupakan kes ni sehinggalah baru-baru ni, Tan Sri Richard Malanjum dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru. Siapa yang dapat lupa kes Lina Joy? Seorang wanita yang dikatakan murtad (keluar dari agama Islam) dan mahu membuang tulisan Islam daripada kad pengenalannya.
Ini kami ceritakan semula kes ‘murtad’ Lina Joy dan apa kaitannya dengan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum yang baru ni.
1. Siapa Lina Joy?
Lina Joy atau nama sebenar Azlina Jailani telah dilahirkan pada 28 Julai 1963 dan merupakan wanita Melayu Malaysia pertama yang mengaku murtad atau keluar daripada agama Islam. Nauzubillah… Lina dilahirkan oleh ibu bapa Melayu Islam dan dikatakan telah menukar agamanya kepada Kristian Katolik pada usia semuda 26 tahun.
Dia jugak telah dibaptiskan dan cuba dapatkan pengesahan daripada mahkamah tanpa melalui Mahkamah Syariah. Selagi dia masih dikatakan sebagai seorang yang beragama Islam, Lina tak boleh berkahwin dengan pasangannya yang beragama Kristian dan juga berbangsa India. Inilah yang mencetuskan kes Lina Joy di mahkamah.
2. Bermula dengan permohonan tukar nama
Pada 8 Jan 1997, Lina mulanya membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tukar namanya daripada Azlina Bt Jailani (nama asal) kepada Lina Lelani pada kad pengenalan sebab dia mengaku dah peluk agama Kristian dan akan berkahwin dengan bakal suami dengan agama yang sama.
Tapi permohonan Lina ni kena tolak dan dia buat sekali lagi permohonan pada 15 Mac 1999 untuk tukar pulak namanya kepada Lina Joy. Namun atas nasihat JPN, Lina cukup sekadar mohon tukar nama dan tak boleh tukar agama dalam IC. Dan kali ni, permohonan Lina diluluskan. Cumanya Lina terkilan bila tengok dalam IC dia masih ada tertulis perkataan ‘Islam’.
3. Cabar JPN kerana cabul hak asasinya
Tak puas hati dengan perkataan Islam dalam IC, Lina Joy buat satu lagi permohonan. Tapi JPN tolak permohonannya kerana dia perlu dapat perintah atau sijil Mahkamah Syariah kalau nak buat pengesahan sudah keluar daripada Islam (murtad). As expected, Lina gagal dapat sijil dan pengesahan lalu dia decide untuk cabar keputusan JPN sebab cabul hak asasinya dalam kebebasan beragama.
Dia menyaman JPN tapi saman dia pulak kena tolak dengan Mahkamah Tinggi dan dia terus proceed buat rayuan di Mahkamah Rayuan. Lina persoal, JPN ni betul ke boleh tolak permohonan padam perkataan ‘Islam’ dalam IC baru dia dan betul ke kena ada sijil atau perintah murtad dari Mahkamah Syariah kalau nak buang nama Islam?
Mahkamah putuskan apa yang JPN buat tu betul sebab permohonan Lina ni di luar bidang kuasa mereka dan tak libatkan hal ehwal agama Islam.
4. Kenapa Richard Malanjum setuju Lina Joy tukar agama?
Setelah bertahun-tahun melawan kes ni, permohonan Lina Joy tetap gagal dan dia tak berjaya membuang perkataan Islam dalam IC nya. Rayuannya ditolak oleh Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Manakala seorang hakim saja yang setuju permohonan ni. Nak tahu apa siapa? Ketua Hakim Negara yang baru dilantik nilah yang vote setuju pada permohonan Lina Joy. Tapi… kenapa Richard Malanjum buat macam tu?
Ini antara sebab yang dinyatakan posting Facebook JUMPA KAT MAHKAMAH tentang keputusan Richard tu:
- Lina Joy dah patuhi semua peruntukan undang-undang ketika buat permohonan tukar nama di JPN dulu.
- JPN bertindak di luar kuasa bila menghendaki kebenaran Mahkamah Syariah untuk Lina Joy keluar dari Islam kerana requirement ni tak ada terdapat dalam mana-mana undang-undang bertulis. Ia perlu digubal Parlimen terlebih dahulu.
- Pada waktu tu, Mahkamah Syariah jugak tak ada kuasa untuk tentukan sama seorang tu murtad atau tak. Jadi permintaan JPN tu memang mustahil untuk dilakukan.
- Dalam borang permohonan 1997, Lina dah pun nyatakan yang agamanya ialah Kristian, bukan Islam. Maka bila JPN letak ‘Islam’ pada IC, baginya ia adalah tindakan di luar bidang kuasa. JPN seakan-akan mengislamkan seorang yang bukan Islam.
5. Bukan Richard Malanjum yang murtadkan Lina Joy
Menurut fakta yang dikemukakan JUMPA KAT MAHKAMAH, bukan Richard yang murtadkanLina Joy. Malah Lina sendiri jugak tak pernah mohon untuk murtad. Dia mohon untuk tukar nama dan buang perkataan Islam dalam IC sebab dia bukan orang Islam lagi (menganut agama Kristian sejak 1990) semasa permohonan dibuat. Lebih tepat kalau kita katakan yang boyfriend Lina lah yang murtadkan gadis ni.
Malah persoalan dalam posting ni jugak mengundang soalan sama ada kalau Richard tak buat keputusan tu, adakah Lina Joy tetap akan jadi Lina Joy? Kena tepuk dada tanya iman masing-masing.
Namun ada jugak di kalangan netizen yang bimbang, kalau undang-undang sebegini dibolehkan, maknanya ramailah orang Islam yang akan tukar agama? Emmm payah jugak tu!
6. Di mana Lina Joy sekarang?
Sejak daripada kes tu, nama Lina Joy macam hilang tanpa sebarang berita sehingga sekarang. Carian admin di Google menunjukkan nama Lina Joy kali terakhir disebut pada 2013, bila Utusan Malaysia menulis berita mengenai ibu gadis tu.
Menurut ibu kepada Azlina Jailani, dia sentiasa berdoa agar anaknya kembali kepada agama Islam dan berharap gadis tu pulang ke sisi keluarga. Sejak 2007 kata Kalthum Omar, dia dah tak berjumpa dengan Lina lagi dan anak perempuannya dah pun tinggal di Australia kini.
“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga.
“Dia ada telefon saya dua hari sebelum Aidilfitri (2013) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” kata Kalthum yang berkerusi roda.
Apa-apapun dalam isu ini kekuatan iman seseorang itulah yang akan menjadi benteng dalam mengharungi apa jua bentuk ujian yang bakal gugat kepercayaan kita pada agama yang satu. Kalau rapuh iman seseorang, mudahlah dia hanyut dengan godaan sekeliling.
Baca: Jenayah: Pembunuhan Tragis Kevin Morais, Mayat Dijumpai Dalam Tong Dram Tahun 2015