Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita dua orang individu iaitu seorang remaja 17 tahun dan kanak-kanak 2 tahun yang meninggal dunia akibat keracunan makanan selepas mereka makan bihun goreng dan telur mata yang didapati dari sebuah sekolah di Gombak.
Dalam kejadian tersebut juga, seramai 11 orang lagi individu masih menerima rawatan akibat keracunan makanan itu.
Memetik laporan Berita Harian, setelah ujian telah dibuat, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa kes keracunan makanan itu berpunca daripada bakteria Salmonella.
Artikel Berkaitan: “Terkejut anak sudah meninggal dunia” – Remaja 17 Tahun Maut Dipercayai Kerana Makan Telur Mata
Artikel Berkaitan: “Dia minta tambah…” – Bapa Sahkan Bihun Yang Dimakan Anaknya Tiada Bau Aneh
Difahamkan, lazimnya simptom keracunan akibat Salmonella akan berlaku dalam masa enam hingga lapan jam.
Namun, dalam kes dua orang mangsa yang meninggal itu hanya dua jam sahaja mereka menunjukkan simptom, jadi ia mungkin bermaksud bahawa keracunan akibat bakteria Salmonella itu berlaku dengan tahap ketoksikan yang tinggi.
Setakat ini, 11 mangsa keracunan makanan itu yang masih menerima rawatan berada dalam keadaan stabil.
Sumber: Buletin TV3, Berita Harian