Satu kemalangan berlaku di Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara pada awal pagi tadi. Seramai 4 penunggang motosikal maut sementara 11 penunggang lain cedera dalam kemalangan tersebut. Menerusi laporan Sinar Harian, kemalangan tersebut berlaku dipercayai akibat motosikal yang ditunggang mangsa bergesel sesama sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 pagi itu, 3 daripada mangsa maut di lokasi manakala seorang lagi meninggal dunia jam 9 pagi tadi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Artikel berkaitan : 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini
Artikel berkaitan : Bas Bawa 25 Penumpang Terlibat Kemalangan, Terbabas di Genting Highlands
Sementara itu, suasana pilu menyelubungi Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau setelah ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa yang lain tiba. Lebih menyedihkan lagi, bukan sahaja tangisan daripada ahli keluarga, ada juga yang terpaksa dipapah kerana tidak mampu menahan rasa hiba.
Tiga daripada empat mangsa yang maut merupakan pelajar sebuah kolej di Bangi dan ketika ini proses bedah siasat sedang dilakukan. Semua jenazah mangsa bakal dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Melaka, Salak Tinggi, Sepang dan Gombak, Selangor.
Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din mengesahkan kemalangan tersebut berlaku dan bakal memberikan kenyataan dengan lebih terperinci berhubung dengan kejadian tersebut.
Sumber : Sinar Harian