Ketika ini satu kisah menyayat hati sedang menjadi bualan ramai apabila satu mayat bayi lelaki didakwa telah dibekukan dan ditahan selama dua minggu berikutan ibu bapa bayi gagal menjelaskan bil di sebuah hospital swasta di Klang.
Rata-rata pengguna media sosial terkilan dengan sikap pihak hospital swasta terbabit yang dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Artikel berkaitan: Jenazah Bayi Dibekukan Selama 2 Minggu Kerana Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital
Selangor kecam pihak hospital
Menerusi perkembangan terkini, kerajan negeri Selangor turut mengecam tindakan pihak hospital dalam kes ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Anfaal Saari, akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes terbabit.
“Saya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Keperluan lanjutan akan diberi (kepada keluarga bayi) selepas perincian kes dikenal pasti dan saya juga akan menziarahi keluarga bayi berkenaan.
“Kita mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu,” katanya.
Menerusi perkongsian tular di Facebok Mr Wan Cai Official, pihak pengurusan jenazah terpaksa menggunakan air panas bercampur air paip untuk memandikan jenazah bayi lelaki yang dinamakan Adham selepas mayatnya disimpan di peti sejuk hospital selama dua minggu.
Menurut hantaran itu, bayi yang dilahirkan pada 24 November lalu tanpa sebelah mata dan hidung serta tiada lubang dubur, dikatakan meninggal dunia beberapa minit selepas dilahirkan.
Sumber: Harian Metro