in

Kes Hilang Di Pulau Perhentian: Mangsa Katanya Singgah Kedai Makan & Dah Sampai Rumah?

ft keluarga 0hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Difahamkan kereta yang dinaiki oleh 4 beranak yang dilaporkan hilang ini telah ditemui di sebuah kedai makan yang terletak di Kluang, Johor. Khabar berita itu disampaikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ahmad Nazrul.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan menerusi ruangan komen perkongsiannya mengenai hal ‘kehilangan’ keluarga ini di Facebook miliknya.


Artikel Berkaitan : Polis Siasat Kes Ibu Mentua, Adik & 2 Anak Hilang Lepas Bercuti Ke Pulau Perhentian Sejak 30 September Lalu 

Artikel Berkaitan : Keluarga Buntu Gadis 22 Tahun Hilang, Kali Terakhir Kelibat Dirakam CCTV Dekat Chiang Mai Thailand

Jelasnya lagi, pihaknya terus bergegas ke kedai tersebut dan mereka mendapati bahawa kereta itu telah tiada. Jelasnya, pemilik kedai telah mengesahkan bahawa 4 beranak ini ada berhenti dan makan di kedai tersebut.

Dipercayai, salah seorang lelaki yang hilang dalam kes ini iaitu Aiman Rafee telah menbayar makanan yang mereka makan di restoran itu.

Bahkan, Ahmad Nazrul memaklumkan bahawa kesemua mangsa kini sudah selamat tiba di rumah mereka di Kluang, Johor.

386370542 7349111488434287 8247912966258801637 n 1

“Alhamdulillah mereka telah disahkan selamat tiba di rumah mereka di Kluang Johor. Ahli keluarga mereka dari Johor yang datang ke Terengganu pagi tadi sekarang sedang dalam perjalanan pulang ke Johor. Mereka telah berhubung dengan saya.”

Dengan berita penemuan tersebut, Ahmad Nazrul berharap agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini. Jelasnya, pihak berwajib akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

“Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu dalam usaha mencari ini. Terima kasih pihak PDRM, pengusaha resort dan hotel Pulau Perhentian, pengusaha bot Pulau Perhentian dan semua yang terlibat secara langsung mahupun secara tak langsung.”

Apapun, sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Sumber : Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.