Kes kehilangan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri pada Sabtu lalu telah mendapat perhatian ramai pihak yang risau akan keadaan terkini mangsa.
Baru-baru ini, sebuah syarikat konsultan telah menawarkan sebanyak RM50,000 sebagai ganjaran kepada mana-mana individu yang dapat membawa kanak-kanak perempuan yang hilang itu ke syarikat mereka.
Menurut syarikat itu, wang berkenaan akan diberikan apabila kanak-kanak itu dibawa ke institusi mereka.
Artikel berkaitan: Kes Hilang Albertine Leo: Polis Klasifikasi Kes Culik, Tahan 3 Individu
Artikel berkaitan: Ibu Kanak-kanak Perempuan Hilang Di Bon Odori Minta Jangan Kongsi Maklumat Tidak Tepat
Tambah syarikat itu lagi di posting Facebook mereka, lebih banyak perkongsian yang dilakukan oleh orang ramai, lebih banyak bantuan akan diberikan daripada mereka.
Jika anda mempunyai sebarang petunjuk, sila hubungi nombor rasmi iaitu di talian 011-1636 0404 dengan segera.
“Maklumat akan dirahsiakan. Tiada gurauan, hanya maklumat tepat diperlukan,” tulis posting itu.
Dalam satu perkembangan terbaru, polis difahamkan telah menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes kehilangan kanak-kanak tersebut.
Albertine dilaporkan hilang pada 20 Julai, kira-kira jam 8.30 malam semasa Festival Jepun Bon Odori di Eco Galleria, Iskandar Puteri. Kanak-kanak yang berketinggian 120cm itu kali terakhir dilihat memakai baju kartun Mickey Mouse berwarna putih.
Semoga kanak-kanak ini dapat ditemui secepatnya.
Sumber: Facebook, Sinar Harian