in

Kes Harian Naik Hingga Lebih 10K Tapi Ramai Lega Lepas Tengok Tweet DG Hisham

Page Dg Hisam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari minggu lalu, kes harian jangkitan Covid-19 mula naik secara mendadak sehingga mencecah lebih dari 10 ribu kes pada Ahad.

Perkara ini telah menyebabkan ramai terkejut selepas melihat angka yang tertera malah ada yang risau kalau tiba-tiba Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan semula.


Pun begitu, pada hari yang sama, Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu DG Hisham turut kongsikan pecahan data Covid-19 mengikut kategori menerusi akaun Twitter miliknya @DGHisham selepas kes harian dikeluarkan.

Malah, DG Hisham menambah lagi di bahagian thread tweet yang sama dengan menyatakan jumlah untuk jangkitan Covid-19 bagi Kategori 4 dan 5 adalah sebanyak 25 kes menjadikan kedua-dua kategori ini kurang dari 1%.

“Takdelah teruk sangat, kan semua dah vaksin? Chill…”

Sementara itu, pengguna-pengguna media sosial terutamanya di Twitter rata-rata menarik nafas lega selepas melihat perkongsian tweet dari DG Hisham itu.

“Aku tak kisah dah kes harian 10k ke 50k ke. Tapi aku fokus dekat by kategori. Tak teruk sangat sebenarnya, kan semua dah vaksin. Chill.” – Komen netizen

Perincian tersebut ternyata membuka mata orang ramai supaya tidak teragak-agak untuk mendapatkan suntikan vaksin dan juga dos penggalak demi memastikan kes tidak menjadi lebih teruk.

Twt Full 1

Ini kerana rata-rata mereka mengatakan bahawa kes tinggi bagi kategori 1 dan juga 2, namun ianya tidaklah teruk seperti sebelum-sebelum ini. Mereka juga ada yang menyatakan kebanyakan pesakit yang dijangkiti wabak itu hanya boleh menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja.

Okay lah kalau macamtu… Ada lagi harapan untuk kita beraya tahun ni. Yang penting kena peka dan jaga SOP lagi-lagi sekarang kita dah sepenuhnya berada dalam gelombang Omicron…

Baca: Rawatan Covid-19 Guna Paxlovid Keluaran Pfizer Diluluskan Di Singapura

Untitled 1 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.