in

Kes Harian Covid-19 Dijangka Cecah 22,000 Menjelang Akhir Mac – Dr Hisham

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan bahawa jumlah kes harian Covid-19 hari ini telah meningkat sebanyak 11,034 kes berbanding 10,089 kes semalam.

Macam yang korang tahu, kes harian di negara ini telah meningkat dengan mendadak setiap hari disebabkan oleh gelombang Omicron di negara ini.


Bagaimanapun, kes yang memerlukan rawatan di ICU dan bantuan pernafasan dilihat terkawal dengan jumlah sebanyak 66 pesakit di ICU dan seramai 71 orang sedang menerima bantuan pernafasan.

Berdasarkan kadar jangkitan sekarang yang dilihat berterusan meningkat, Dr Hisham menjangkakan kes harian Covid-19 akan mencecah ke angka 22,000 menjelang akhir Mac.

Menerusi rajah yang dikongsikannya semalam di Twitter, kadar jangkitan di Malaysia semalam adalah pada 1.27 dan negeri dengan kadar jangkitan tertinggi adalah Sabah dengan 1.47 diikuti Perlis 1.40.

Ekoran dari ini, Dr Hisham menyarankan agar orang ramai segera mengambil dos penggalak bagi mendapatkan perlindungan dari virus Covid-19.

Manakala Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berkata, setakat ini masih ada seramai 1 juta warga emas masih belum mengambil dos penggalak dan beliau menasihatkan agar mereka mengambilnya dengan segera.

Fully into Omicron wave. Kes akan mencecah 15k tidak lama lagi. Masih ada 1 juta warga emas yang tiada dos penggalak. Tolong maklum kepada orang2 tua kesayangan anda untuk mendapat dos penggalak dengan segera.”

So korang, please dapatkan booster cepat so that korang boleh elak dari dapat jangkitan yang teruk.

 

Baca: Kes Harian Naik Hingga Lebih 10K Tapi Ramai Lega Lepas Tengok Tweet DG Hisham

Page Dg Hisam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.