in

Kes COVID-19 China Membimbangkan, Ada Doktor Pengsan Masa ‘Checkup’ Pesakit Sebab Terlalu Penat, Katil Wad Penuh…

Covid19 Beijing China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi COVID-19 di China dilihat semakin membimbangkan dari hari ke hari mengakibatkan negara republik itu terpaksa menjalankan perintah ‘lockdown’ semula,

1873604

Baru-baru ini, satu rakaman video tular di internet memaparkan seorang doktor lelaki di negara itu yang tiba-tiba pengsan di atas kerusinya ketika sedang merawat seorang pesakit.


Sumber melaporkan, doktor lelaki yang tak didedahkan identitinya itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda terlalu penat sebelum dia pengsan di atas kerusi.

Pesakit diberi CPR atas lantai

Dalam pada itu, satu lagi rakaman video turut tular yang memaparkan seorang pesakit disyaki dijangkiti COVID-19 diberikan CPR di atas lantai.

Video terbabit turut memaparkan keadaan wad berkenaan yang penuh dengan pesakit di atas katil dan telah diintubasi.

553 1

Malah, ada seorang pesakit hanya dibiarkan berbaring di atas lantai sambil diselimuti selimut dan diintubasi.

Beratur panjang nak ‘settle’ proses pembakaran mayat

Tidak cukup dengan itu, Reuters turut melaporkan penduduk di Beijing terpaksa menunggu berhari-hari untuk proses pembakaran mayat keluarga mereka yang terkorban akibat pandemik itu.

Malah, ada juga yang terpaksa membayar yuran tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan itu tepat pada masanya.

Sumber: India Times

Baca: Catat Lebih 1,000 Kes Harian, Wuhan Kembali ‘Lockdown’ Lepas Kes COVID-19 Naik Mendadak

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.