in

Kes Buli UPNM: Mangsa Ditekap Dengan Seterika Oleh Senior Lepas Mangsa Diminta Gosok Baju

Buli Upnm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, negara kita dikejutkan pula dengan kes seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dibuli oleh pelajar senior apabila mangsa ditekap dengan seterika.

Cara mangsa dibuli di mana dia ditekap dengan seterika mempunyai persamaan dengan kes Arwah Zulfarhan Osman sebelum ini yang juga merupakan mahasiswa UPNM.


6
Gambar sekadar hiasan

Isu buli dengan seterika yang berulang ini telah mencetuskan kemarahan ramai orang kerana perkara sebegitu tidak sepatutnya berulang atau berlaku lagi di institusi pengajian tinggi tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, kes buli pelajar UPNM yang terbaru ini sedang disiasat oleh pihak polis dan difahamkan, sebelum ditekap dengan seterika, mangsa telah disuruh oleh pelajar senior terbabit untuk menggosok baju miliknya di bilik asrama UPNM.

Artikel Berkaitan: “Ia masih berulang” – Terkejut & Sedih, Bapa Arwah Zulfarhan Respon Kes Penuntut UPNM Dis*terika

Artikel berkaitan : “Allah penentu segalanya” – Penulis Surat Layang Kes Zulfarhan Akhirnya Bersuara

Namun, senior terbabit tiba-tiba mengambil seterika yang dipegang oleh mangsa lalu seterika itu ditekap pada tubuh mangsa iaitu di bahagian dada kanannya.

Akibat kejadian itu, mangsa telah melecur.

Laporan polis berhubung kejadian buli ini telah dibuat oleh mangsa pada sekitar jam 8 malam tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 20 tahun manakala pelajar senior itu pula berumur 22 tahun. Kejadian tersebut telah berlaku pada sekitar jam 11.45 malam pada tarikh 22 Oktober lalu.

Dalam bilik asrama itu terdapat juga beberapa orang senior yang lain di situ ketika kejadian.

Semoga mangsa akan mendapat keadilan secepat yang mungkin dalam kes ini. 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.