in

Kes 5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata, Nenek Nak Saman Pemandu Mabuk

5 Beradik Yatim Piatu Nenek Nak Saman Pemandu Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Luluh hati membayangkan nasib lima beradik termasuk seorang kelainan upaya yang hilang sudah kasih sayang dan tempat bergantung apabila kedua ibu bapa mereka meninggal dunia selepas dilanggar pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Besar Jalan Mesjid, Pasir Gudang, pada Sabtu.

Susulan itu, keluarga pasangan suami isteri, Mohd Ridzwan Mohd Rudi, 37 dan Linda Mohd A Aziz, 35 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.


Menurut ibu Mohd Ridzwan, Ramlah Kasiran, tindakan itu bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bagi membela nasib lima cucunya yang kini bergelar yatim piatu.

Artikel berkaitan: Murid Luka & Patah Ibu Jari Kaki, Dilanggar Pemandu Mabuk Depan Sekolah

Gcpxj3Xaeaat4D4

“Saya reda dengan ketetapan dan ketentuan Allah SWT, tetapi tindakan undang-undang terhadap pelaku mesti dikenakan.

“Banyak kisah pemandu mabuk hanya didenda yang mana jumlah itu tidak setimpal dengan penderitaan dan kesengsaraan dihadapi keluarga terutama anak-anak yang ditinggalkan tanpa apa-apa seperti cucu-cucu saya.

“Ya makcik akan saman. Esok, insya-Allah peguam yang menguruskan kes kemalangan anak keenam saya akan ziarah kami dan berbincang hal ini,” katanya.

Menurut Ramlah, jika ditakdirkan kemenangan berpihak kepadanya, ia boleh digunakan untuk menyara lima cucunya pada masa akan datang.

“Arwah anak dan menantu meninggalkan lima anak mereka, perjalanan hidup mereka masih panjang. Makcik doa supaya Allah SWT panjangkan usia makcik dan pakcik untuk menyara mereka semua sehingga boleh berdikari sendiri.

“Makcik takut kalau makcik ‘pergi’ dulu, mereka tiada simpanan dan tiada kewangan. Makcik tidak bekerja, hanya pakcik yang bekerja sebagai pemandu forklift di sebuah pasar raya.”

Gcpxj32Ayaa6V6T

Katanya, anak yang lain membantu sekadarnya kerana masing-masing mempunyai keluarga dan tanggungan.

Semalam, media melaporkan pasangan suami isteri ini maut setelah motosikal jenis Honda Vario dinaiki mereka dirempuh kereta Perodua Alza dipandu lelaki mabuk itu.

Menurut laporan polis, pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol melebihi paras ditetapkan, namun hasil ujian air kencing dilakukan mendapati pemandu terbabit bebas daripada sebarang jenis dadah.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.