Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, orang ramai mula beralih membeli barang keperluan dari dalam talian.
Yang bertugas di sektor delivery atau courier service tentulah yang paling penat sekali, terutamanya perkhidmatan pos utama negara iaitu Pos Malaysia Berhad.
Jadi kita pun faham-fahamlah kenapa parcel ada yang lambat sangat sampai, berapa banyak bungkusan mereka perlu handle setiap hari kan? Kerana begitu banyaknya volume penghantaran yang perlu dibuat, maka kita pun ingat berlipat ganda keuntungan diraih pihak pos ketika waktu pandemik ni.
Dapatlah abang-abang posmen diraikan dengan bonus-bonus tambahan sebab sanggup berhujan panas mengerah extra keringat, tapi rupanya…
Hmm, sedih bila dapat tahu luahan sebenar dari salah seorang daripada mereka — seperti yang dikongsi seorang pengguna Twitter ni.
Terduduk abang posmen tu bila dapat tahu tak diberi bonus tahun ni. Bila ditanya lagi, rupanya dia kena tanggung keluarga sebab ayah dah meninggal tiga tahun lepas.
Pening kepala fikir nak bayar hutang motor, rumah sewa dan macam-macam lagilah dengan gaji sekadar RM1k lebih je. Allahu!
Bercampur baur perasaan bila dapat tahu ada yang terpaksa terima nasib macam ni.
Harapnya ada rezeki yang tak disangka-sangka buat semua abang posmen di Malaysia ni ya, amin.