in

Kereta Terbabas Langgar Pagar Rumah, Ibu & Anak Dalam Kandungan Berusia 35 Minggu Meninggal

ibu anak 35 minggu meninggal kereta terbabas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian yang menyayatkan hati apabila seorang wanita hamil bersama anak dalam kandungan berusia 35 minggu maut selepas terlibat kemalangan di Kluang.

Menurut laporan, mangsa bernama Siti Aisyah Harun, 32, yang memandu kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pagar sebuah rumah di tepi jalan di Kampung Melayu, pada Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Melayu menghala ke arah bandar Kluang bersama seorang penumpang.

Artikel berkaitan: 3 Beranak Termasuk Wanita Hamil 7 Bulan Selamat, Tak Cedera Langsung Walaupun Kereta Terbabas Dalam Gaung

“Pada Ahad, pihak polis menerima laporan daripada adik mangsa berhubung kejadian yang berlaku pada Sabtu lebih kurang jam 2.15 petang di Lorong Mohd Salim 1, Kg Melayu, dan memandu kereta jenis Perodua Myvi.

“Kenderaan dinaiki mangsa dikatakan terbabas sendiri dan melanggar tembok pagar rumah di tepi jalan. Mangsa bersama penumpang kemudiannya dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang menaiki ambulans,” katanya.

Screenshot 2025 02 10 124727

Anak dalam kandungan meninggal

Mengulas lanjut, kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian, anak dalam kandungan wanita berkenaan terpaksa dikeluarkan menerusi pembedahan kerana sudah meninggal di dalam perut.

Pemandu wanita itu mengalami kecederaan dalaman pada bahagian perut dan dada namun dilaporkan menyusul ‘pergi’ keesokan harinya, kira-kira jam 1.59 tengah hari.

“Mangsa yang ketika itu masih dalam rawatan telah meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di abdominal dan kecederaan di pankreas serta hati.”

Difahamkan, penumpang mengalami kecederaan ringan di lengan kiri serta dahi kanan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.