Satu kejadian tragis berlaku pada petang tadi di Kota Bharu apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki meletup dipercayai akibat panahan petir.
Menerusi Harian Metro, kejadian itu berlaku pada pada jam 5.38 petang, kereta Proton Iswara yang dipandu mangsa rentung dan terputus dua.
Dalam masa yang sama 5 kenderaan lain yang berhampiran dengan lokasi kejadian turut terbakar akibat letupan itu.
Kereta meletup, badan hancur
Manakala Kosmo! pula melaporkan bahawa ada 2 orang lelaki cedera parah dan gambar mercun bola yang dipercayai ada kaitan dengan letupan tersebut.
Malah, difahamkan kesan letupan itu dapat dilihat hampir 100 meter dari lokasi kejadian, ia juga menyebabkan beberapa bangunan turut rosak termasuk sebuah masjid dan sekolah berhampiran lokasi kejadian.
Video insiden tersebut viral di media sosial dan kini meraih lebih 200 jumlah retweets dalam masa sejam ia dimuat naik.
https://twitter.com/anthraxxxx/status/1395698449908002817
Baca : Hospital Covid-19 Di Iraq Terbakar Lepas Tangki Oksigen Meletup, 23 Terkorban