in

‘Kereta bukan milik Pekin’ – Asnina Tunjuk Geran Sebagai Bukti, Pekin Hanya Duta

Pekin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemilik Toyota GR Yaris Kansai, Asnina Muhammad mendedahkan kenderaan tersebut bukan milik Pekin Ibrahim, sebaliknya dia hanyalah bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.

Menurut Asnina, dia merupakan pemilik sebenar kenderaan itu. Pekin juga dikatakan tidak pernah melakukan sebarang pembayaran atau memberikan dokumen untuk pembelian kereta tersebut.


Tambahnya lagi, Pekin hanya menunjukkan minat untuk memberi kenderaan itu sahaja.

Melalui kenyataan rasmi dalam Instagram, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.

Pekin
Kereta gr yaris kansai d1 edition yang remuk akibat kemalangan

Namun, Pekin tidak berdiam diri dan telah memberikan jawapan melalui YouTubenya.

“Betul kereta ini nama isteri abang Haris (Pengarah Urusan D One Motorsports) dan kereta itu adalah projek D One serta ia adalah kereta demo untuk ditunjukkan kepada pelanggan mereka.

“Abang Haris ada beritahu mungkin nak jual kereta ini dan sebabkan dah ikut pembikinan kereta itu dari awal, saya berminat nak beli. Kami sepatutnya berbincang mengenai hal ini pada 17 hari bulan ini, tetapi nampak tidak ada rezeki.

“Saya tak nak mengganggu banyak pihak, bimbang salah faham. Biar pihak yang sepatutnya buat kerja. Mana yang tak tahu cerita sebenar, boleh tonton saluran YouTube saya. Perjalanan GR Yaris dari awal ada di situ,” jelasnya.

Sebelum ini, pelakon filem Bunohan tersebut terpaksa reda apabila keretanya yang baru sahaja tiba di Malaysia mengalami kemalangan sehingga total lost.

Kereta GR Yaris Kansai D1 Edition itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Putra Height.

Dalam akaun TikTok miliknya, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan memberitahu bahawa kereta tersebut tidak dipandu olehnya pada ketika itu, sebaliknya ia dipandu rakan yang dikenali sebagai Amirul.

Kereta tersebut dikatakan dibuat khas untuk Pekin dan telah mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Baca: ‘Doa yang baik-baik’ Bagi Kawan ‘Test Drive’, Pekin Reda Kereta Baru Sampai Malaysia ‘Total Lost’

Pekin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.