in

“Kereta besar otak kecil”- [VIDEO] Wanita Dipuji Pulangkan Sampah Yang Pemandu BMW Buang Dari Kereta

ft wanita pulangkan sampah BMW

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun negara kita dah semakin membangun, masih ramai lagi orang kita berfikiran cetek yang suka buang sampah keluar dari tingkap kenderaan mereka.

Pokoknya, kita dapat rakaman-rakaman tular di media sosial yang menunjukan sIkap ‘kelas ketiga’ ini, tapi wanita ini tekad membuat satu tindakan yang boleh dikatakan agak gigih dan ekstrem untuk ‘ajar’ golongan seperti ini.


 

Kereta besaq otok kecek!”

Menerusi video di TikTok, wanita ini bertekad untuk keluar dari kereta dan pulangkan semula dekat pemilik yang memandu kereta BMW dekat satu kawan lampu isyarat.

Video yang dimuatnaik pada 2 hari lepas ini telah meraih lebih daripada sejuta jumlah tontonan.

https://www.tiktok.com/@sitisitieliza/video/7017276440152460571?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Biarpun lokasi masih belum dikenal pasti, namun ramai yang menyatakan bahawa kejadian ini berlaku di Jalan Puchong di kawasan Taman Kinrara.

 

Terbaik – Netizen

wanita pulangkan sampah BMW wanita pulangkan sampah BMW 2 wanita pulangkan sampah BMW 3 wanita pulangkan sampah BMW 4 wanita pulangkan sampah BMW 5

Biarpun ada yang bitter kerana anggap perbuatannya seperti nak menunjuk, namun ramai yang pandang dari sudut positif, malah ramai juga yang menyifatkan perbuatan wanita ini sangat memberikan inspirasi.

 

Buang sampah dua kali

Dalam satu lagi video, wanita ini ada memberikan penjelasan situasi yang terjadi, katanya, punca dia bertindak sedemikian adalah pemandu kereta jenis BMW itu buang sampah 2 kali.

https://www.tiktok.com/@sitisitieliza/video/7017358349792562458?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Disebabkan itu, dia bertindak untuk kutip dan campak balik kepada pemandu sampai pemandu BMW itu terkejut, bagaimanapun dia memohon maaf kepada pemandu itu dan berharap agar tuan empunya badan itu tidak mengulanginya lagi.

 

Baca : Geram Lihat Pemandu Myvi Buang Sampah Merata-Rata, Lelaki Ini ‘Pulangkan’ Semula Sampah

wanita pulangkan sampah BMW 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.