Kecoh di media sosial kini berkenaan dengan teguran secara terbuka daripada seorang pensyarah kanan dari Jabatan Pengajian al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang mendakwa ada seorang ustaz terkenal yang menyebarkan dakyah bertentangan dengan Islam.
Pensyarah yang dikenali sebagai Abu Hafiz meminta agar orang ramai menyedari kenyataan dan perbuatan Ustaz selebriti yang didakwa banyak menyebarkan cerita dan hadis palsu.
Artikel berkaitan : Selangor Tarik Tauliah Mengajar Beberapa Ustaz Selebriti Seperti Syamsul Debat Dan Dusuki?
Artikel berkaitan : “Kita bertemu di mahkamah robbul jalil” – Ibu Kecewa Kes Cabul Anak Ditutup, Sekolah Tahfiz Milik Ustaz Selebriti Tak Bertanggungjawab
Jelas Abu Hafiz lagi, ustaz selebriti tersebut pernah ditegur namun tetapi tidak berubah. Dalam masa 20 jam hantaran itu dibuat ia telah meraih lebih daripada 240 jumlah perkongsian di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memohon agar pihak berwajib menyekat ustaz tersebut dan mengharamkannya daripada muncul di mana-mana program.
Disebabkan itu tindakan penguatkuasaan undang-undang amatlah diperlukan untuk membendung perkara itu agar dapat merosakkan akidah serta pemikiran umat Islam.
Agak-agaknya siapa eh?
Sumber : xtra.com.my